Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
(untuk 4-6 hidangan)
Untuk Topping
1/2 cawan + 2 sudu besar (120 g) gula
2 sudu besar (30 ml) air
Untuk Kastard
3 biji telur
2 cawan (500 ml) susu
1/4 cawan (50 g) gula
1 kacang vanila
11/2 sudu kecil tepung jagung (pilihan)
Cara-cara untuk membuatnya adalah:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 325 ° F / 160 ° C.
2. Masak gula dan air dalam periuk sehingga cecair bertukar menjadi warna perang keemasan. Setelah itu, tuangkan karamel tadi ke dalam bekas/mangkuk dan ratakan setengah daripada ketinggian bekas/mangkuk itu, dengan cecair karamel pada setiap sisi bekas/mangkuk.
3. Tuangkan susu ke dalam periuk yang digunakan sama untuk membuat karamel tadi dengan menambah biji kacang vanila ke dalam susu. Panaskan, tetapi jangan sampai mendidih. Agak-agak dah timbul buih-buih itu, tutup api dapur dan tutup periuk, biarkan ia berehat selama beberapa minit.
4. Dalam mangkuk yang berasingan pukul telur dengan gula. Tambah tepung jagung(pilihan). Kemudian tuangkan susu yang telah dimasak tadi ke dalamnya.
5. Setelah itu tuangkan (bater) tadi ke dalam bekas/mangkuk yang telah diratakan dengan karamel sebelum ini.
6. Letakkan bekas/mangkuk yang telah berisi susu dengan karamel itu ke dalam bekas kosong yang saiznya lebih besar dan tuangkan separuh air panas ke dalamnya. Kemudian bakar selama 45 minit atau sehingga satu jam atau sehingga ia menjadi warna keemasan.
7. Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian baru tutup dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
8. Siap.
Selamat Mencuba
Friday, 30 October 2015
Wednesday, 28 October 2015
Produk yang Berasaskan Soya
Sambungan daripada entri yang sebelum ini...
Jika anda suka makan makanan berasaskan soya, berikut adalah antara produk soya fermentasi yang
utama:
- Tempe
- Miso- soya yang diperbuat bersama barli atau beras malta. Selalunya digunakan dalam masakan jepun untuk dibuat sup atau sos.
- Natto- makanan tradisional Jepun yang diperbuat bersama Bacillus subtilis. Mempunyai tekstur yang melekat dan rasanya seperti keju.
Selain daripada itu, manfaat utama dari kacang soya fermentasi terutama natto adalah sumber makanan terbaik untuk vitamin K2. Kerana vitamin K2 sangat
penting untuk mencegah osteoporosis, penyakit jantung, penyakit otak
seperti dimensia(dimentia) iaitu penyakit yang kehilangan fungsi mental dan melindungi
anda daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser prostat, kanser
paru-paru, kanser hati dan leukimia. Apa yang harus anda tahu ialah
vitamin K bertindak secara bersinergi dengan vitamin D untuk membuat anda
sihat.
Vitamin K kadang-kadang disebut sebagai "vitamin dilupakan" kerana manfaatnya sering diabaikan. Ia dinamakan selepas perkataan "koagulasi/koagulation," untuk mencerminkan peranan penting dalam pembekuan darah. Bahkan, enzim nattokinase yang diturunkan dari natto lebih selamat dan lebih kuat daripada aspirin dalam melarutkan pembekuan darah, dan telah digunakan dengan selamat selama lebih dari 20 tahun.
Jika anda menikmati natto atau beberapa makanan fermentasi soya yang lain, anda boleh mendapatkan beberapa miligram vitamin K2 dari mereka setiap hari (peringkat ini jauh melebihi jumlah vitamin K2 yang dijumpai bahkan dalam sayuran hijau).
Malangnya kita tidak sedar akan perkara ini. Malahan orang dewasa turut dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 150mcg vitamin
K2 pada setiap hari.
Antara makanan yang berasaakan soya yang perlu dielakkan adalah,
- Tofu(tauhu)
- TVP
(texturized vegetable protein) atau sayur protein bertekstur dan
protein soya terasing (soy protein isolate) yang mana ia mengandungi
kandungan msg yang besar seperti:
- minyak soya
- susu soya
- keju soya, ais krim soya, yogury soya
- 'daging' soya (produk tanpa daging yang diperbuat daripada TVP)
- protein soya
- edamame (kacang soya muda - digunakan secara meluas di China, Korea dan Jepun dalam masakan dan keropok)
- formula soya bayi(susu tepung)
Cara
yang terbaik untuk menghilangkan soya bukan organik dan fermentasi
dalam diet anda adalah dengan mengelakkan semua makanan soya yang
telah diproses. Sekiranya anda
membeli makanan yang dipek, anda boleh menyemak sama ada produk tersebut
mengandungi soya atau tidak. Bermula pada tahun 2006, akta Perlindungan Pengguna dan
Pnglabelan Alergi Makanan (The Food Allergen Labelling and Consumer
Protection Act) mensyaratkan bahawa pengeluar produk makanan perlu untuk menyenaraikan
sekiranya produk kilang mereka ada mengandungi soya, pada label kerana ia merupakan satu daripada lapan makanan berlergi.
Awas!
- Sos soya yang diperbuat secara tradisional seperti soya fermentasi, garam dan enzim, seharusnya diwaspada kerana, kebanyakan daripada mereka ada yang menggunakan bahan kimia.
- Tofu(tauhu) tidak boleh berada dalam senarai di atas kerana, tofu tidak diperam tetapi hanya digumpal(coagulate) sehingga ia bukanlah salah satu makanan soya yang dicadangkan.
Thursday, 24 September 2015
Info Berkaitan Dengan Air Soya
Kamu suka minum minuman seperti air soya. Terdapat kebaikan dan juga keburukan di antaranya. Sila baca.
Kebaikan/khasiat air soya kepada kesihatan badan
Manakala keburukan air soya kepada kesihatan badan pula adalah
Antara maklumat tambahan
**Sila ambil perhatian!
Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Kebaikan/khasiat air soya kepada kesihatan badan
- Air soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien seperti magnesium, kalium, sodium, iron, fosforus serta vitamin A, B, C dan D.
- Mengandungi kandungan lemak yang rendah (low fat) dan boleh dijadikan sebagai sumber tenaga kepada badan kita apabila meminumnya.
- Kandungan sumber protein soya juga boleh membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh badan kita. Malah disarankan untuk mengambil dalam kuantiti 25 gram sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera pada kotak air kacang soya, jika anda membelinya.
- Air soya yang kaya dengan protein juga membantu proses tumbesaran yang sihat.
- Selain itu, sesuai digunakan untuk mereka yang ingin diet atau menguruskan badan. Ini kerana dengan meminum air soya akan memberi rasa kenyang kepada kita untuk suatu jangka masa yang lama.
- Malah turut memberi tenaga kepada kita untuk melakukan kerja seharian disebabkan kaya dengan khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
- Kajian menunjukkan air soya boleh digunakan sebagai pengganti susu bayi bagi bayi yang mengalami atau mempunyai alahan kepada susu lembu.
- Di samping itu, pengambilan air soya secara kerap boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan sembelit.
- Air soya juga mengandungi asid amino yang digunakan oleh tubuh kita untuk memperbaiki tisu badan yang telah rosak dengan yang baru.
Manakala keburukan air soya kepada kesihatan badan pula adalah
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
- Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
- Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah.
- Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman.
- Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk.
- Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen. Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.
Antara maklumat tambahan
- 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
- Bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
- Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
**Sila ambil perhatian!
Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Subscribe to:
Posts (Atom)