Thursday 24 September 2015

Info Berkaitan Dengan Air Soya

Kamu suka minum minuman seperti air soya. Terdapat kebaikan dan juga keburukan di antaranya. Sila baca.

Kebaikan/khasiat air soya kepada kesihatan badan
  • Air soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien seperti magnesium, kalium, sodium, iron, fosforus serta vitamin A, B, C dan D.
  • Mengandungi kandungan lemak yang rendah (low fat) dan boleh dijadikan sebagai sumber tenaga kepada badan kita apabila meminumnya.
  • Kandungan sumber protein soya juga boleh membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh badan kita. Malah disarankan untuk mengambil dalam kuantiti 25 gram sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera pada kotak air kacang soya, jika anda membelinya.
  • Air soya yang kaya dengan protein juga membantu proses tumbesaran yang sihat.
  • Selain itu, sesuai digunakan untuk mereka yang ingin diet atau menguruskan badan. Ini kerana dengan meminum air soya akan memberi rasa kenyang kepada kita untuk suatu jangka masa yang lama.
  • Malah turut memberi tenaga kepada kita untuk melakukan kerja seharian disebabkan kaya dengan khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Kajian menunjukkan air soya boleh digunakan sebagai pengganti susu bayi bagi bayi yang mengalami atau mempunyai alahan kepada susu lembu.
  • Di samping itu, pengambilan air soya secara kerap boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan sembelit.
  • Air soya juga mengandungi asid amino yang digunakan oleh tubuh kita untuk memperbaiki tisu badan yang telah rosak dengan yang baru.

Manakala keburukan air soya kepada kesihatan badan pula adalah
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
  • Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  • Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah.
  • Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman.
  •  Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk.
  • Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen. Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

Antara maklumat tambahan
  • 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
  • Bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
  • Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

**Sila ambil perhatian!
Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


No comments:

Post a Comment