Orang kerap mengatakan bahawa kamu 'bad temper' tetapi kamu mendakwa diri kamu 'cool' dan boleh mengatasi semua masalah dengan tenang dan tidak melatah. Boleh percaya ke? Kalau nak tahu bagaimana sikap kamu yang sebenar, sila baca dan sila tolong jawab soalan-soalan di dalam kuiz carta diri kali ini.
1. Apabila bangun pagi kamu mesti ambil sarapan, jika tidak kamu akan rasa mual.
Ya atau Tidak
2. Kawan kamu dapat markah yang lebih tinggi dalam ujian, sedangkan dia meniru kamu untuk mendapatkan jawapan. Adakah kamu akan memaklumkan kepada guru kelas kamu?
Ya atau Tidak
3. Apabila terperangkap dalam kesesakkan jalan raya kamu akan bunyikan hon dan marah-marah tanda protes, sampai ibu kamu pun pening kepala..
Ya atau Tidak
4. Kamu suka syak wasangka kepada orang lain jika kamu kehilangan sesuatu.
Ya atau Tidak
5. Kamu lebih suka tinggal di rumah pada hujung minggu daripada keluar tengok wayang atau ke tempat-tempat yang penuh sesak dengan orang ramai.
Ya atau Tidak
6. Kamu terpotong jari semasa memotong buah di rumah, kamu terus menjerit-jerit kerana takut melihat darah.
Ya atau Tidak
7. Kamu akan naik angin jika kawan kamu atau keluarga kamu menolak ajakan atau membangkang kata-kata kamu dan kamu juga boleh mengamuk tanpa sebab.
Ya atau Tidak
8. Dalam memilih pakaian, 'make-up', atau aksesori kamu boleh dikatakan cerewet kerana mahukan barang yang berjenama dan cantik tetapi pada kadar harga yang murah.
Ya atau Tidak
9. Cuti hujung minggu kamu dan keluarga kamu berkelah di tepi pantai. Setelah sampai di pantai baru kamu teringat yang kamu terlupa membawa baju mandi. Kamu terus merengek minta ibu kamu belikan baju mandi baru atau pun pulang ke rumah ambil yang tertinggal tadi.
Ya atau Tidak
Jawapan..
Jika jawapan kamu banyak YA
Menunjukkan kamu seorang yang cepat melatah atau gelabah. Kamu suka marah-marah tidak tentu pasal jika ada orang yang tidak mengikut cakap kamu. Kamu juga seorang yang cerewet dan boleh dikatakan 'perfectionist', kalau boleh kamu mahukan semua yang terbaik dan orang akan selalu mendengar cakap kamu walaupun sesuatu perkara itu salah. Kamu juga kadang-kala mementingkan diri sendiri dan suka naik angin. Kamu akan buat sesuatu tanpa fikir perasaan orang lain. Jika kamu dalam golongan ini, kamu kenalah berubah sikit. Bukan apa, takut lama-lama nanti tidak ada orang yang nak berkawan dengan kamu. Jadi ubahlah dari sekarang sebelum terlambat.
Jika jawapan kamu banyak TIDAK
Tahniah! Tahniah kerana kamu bijak dalam menangani semua hal. Kamu tidak marah dan kamu lebih berfikiran rasional. Orang yang macam kamu ini amalkan sikap 'fikir dulu sebelum buat'. Kamu mudah mendapat kawan kerana orang suka sikap kamu yang 'selamber' dan 'cool'. Tidak cerewet dan mudah menerima pendapat orang lain meyebabkan kamu senang didekati. Tetapi berhati-hati, kamu jangan terlalu baik hati nanti orang akan pijak kepala. Sesekali tidak mengapa kalau pentingkan diri sendiri tapi jangan selalu yer.
No comments:
Post a Comment