Sunday 8 March 2015

Cerita di antara Aku & Pinocchio

Selamat menyambut tahun baru 2015 (huhu.. tahu agak terlambat untuk ucap). Tapi nak buat macam mana? Kesibukkan bekerja membuatkan diri ini hampir terlupa nak buat entri yang terbaru. Hujung minggu pun kerja. Blog ini pun dah berhabuk.

Bila dapat cuti walaupun sehari tu dah rasa macam heavennnnn gila. HAHAHAHAHAHAHA... (eh, melampau pula dia ni. Sikit-sikit sudahlah gelaknya!)

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku bosan yang teramat jadi aku pun godek-godeklah internet ni sambil tengok cerita apa yang terbaru. Mungkin ada yang aku terlepas pandang. N lepas dah godek-godek itu maka, terjumpalah cerita Korea ni. Tajuknya Pinocchio, gandingan hebat daripada Park Shin-Hye bersama Lee Jong-Suk.





Sinopsis

Cerita ni berkisah tentang Choi In Ha (Park Shin Hye) adalah seorang wartawan yang mempunyai "Sindrom Pinocchio". Dia tidak boleh bercakap bohong atau berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri dia atau dia akan mula tersedu tanpa henti. Sementara itu Choi Dal Po (Lee Jong Suk) adalah seorang wartawan baru bagi sebuah syarikat penyiaran. Seorang yang agak segak tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mengubah penampilan diri, agar tampil lebih bergaya bagi menarik perhatian masyarakat sekeliling akan kewujudan dirinya itu. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai bakat semulajadi sebagai seorang wartawan yang berjaya. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang pintar semasa di alam persekolahan. Malahan pada masa yang sama, beliau turut menyimpan satu rahsia besar yang agak tragis berkaitan dengan ahli keluarga beliau seketika dulu. Dan apabila kedua-dua mereka bertemu maka, bermulalah bibit-bibit cinta pandang pertama.






Kalau nak tahu cerita lebih lanjut kenalah pergi tengok sendiri. Jalan cerita dia memang best. Daebak!!

Sampai disini dulu. Jumpa Lagi!
Bye bye~ ~ ~


No comments:

Post a Comment