Sambungan daripada entri yang sebelum ini...
Jika anda suka makan makanan berasaskan soya, berikut adalah antara produk soya fermentasi yang
utama:
- Tempe
- Miso- soya yang diperbuat bersama barli atau beras malta. Selalunya digunakan dalam masakan jepun untuk dibuat sup atau sos.
- Natto- makanan tradisional Jepun yang diperbuat bersama Bacillus subtilis. Mempunyai tekstur yang melekat dan rasanya seperti keju.
Selain daripada itu, manfaat utama dari kacang soya fermentasi terutama natto adalah sumber makanan terbaik untuk vitamin K2. Kerana vitamin K2 sangat
penting untuk mencegah osteoporosis, penyakit jantung, penyakit otak
seperti dimensia(dimentia) iaitu penyakit yang kehilangan fungsi mental dan melindungi
anda daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser prostat, kanser
paru-paru, kanser hati dan leukimia. Apa yang harus anda tahu ialah
vitamin K bertindak secara bersinergi dengan vitamin D untuk membuat anda
sihat.
Vitamin K kadang-kadang disebut sebagai "vitamin dilupakan" kerana manfaatnya sering diabaikan. Ia dinamakan selepas perkataan "koagulasi/koagulation," untuk mencerminkan peranan penting dalam pembekuan darah. Bahkan, enzim nattokinase yang diturunkan dari natto lebih selamat dan lebih kuat daripada aspirin dalam melarutkan pembekuan darah, dan telah digunakan dengan selamat selama lebih dari 20 tahun.
Jika anda menikmati natto atau beberapa makanan fermentasi soya yang lain, anda boleh mendapatkan beberapa miligram vitamin K2 dari mereka setiap hari (peringkat ini jauh melebihi jumlah vitamin K2 yang dijumpai bahkan dalam sayuran hijau).
Malangnya kita tidak sedar akan perkara ini. Malahan orang dewasa turut dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 150mcg vitamin
K2 pada setiap hari.
Antara makanan yang berasaakan soya yang perlu dielakkan adalah,
- Tofu(tauhu)
- TVP
(texturized vegetable protein) atau sayur protein bertekstur dan
protein soya terasing (soy protein isolate) yang mana ia mengandungi
kandungan msg yang besar seperti:
- minyak soya
- susu soya
- keju soya, ais krim soya, yogury soya
- 'daging' soya (produk tanpa daging yang diperbuat daripada TVP)
- protein soya
- edamame (kacang soya muda - digunakan secara meluas di China, Korea dan Jepun dalam masakan dan keropok)
- formula soya bayi(susu tepung)
Cara
yang terbaik untuk menghilangkan soya bukan organik dan fermentasi
dalam diet anda adalah dengan mengelakkan semua makanan soya yang
telah diproses. Sekiranya anda
membeli makanan yang dipek, anda boleh menyemak sama ada produk tersebut
mengandungi soya atau tidak. Bermula pada tahun 2006, akta Perlindungan Pengguna dan
Pnglabelan Alergi Makanan (The Food Allergen Labelling and Consumer
Protection Act) mensyaratkan bahawa pengeluar produk makanan perlu untuk menyenaraikan
sekiranya produk kilang mereka ada mengandungi soya, pada label kerana ia merupakan satu daripada lapan makanan berlergi.
Awas!
- Sos soya yang diperbuat secara tradisional seperti soya fermentasi, garam dan enzim, seharusnya diwaspada kerana, kebanyakan daripada mereka ada yang menggunakan bahan kimia.
- Tofu(tauhu) tidak boleh berada dalam senarai di atas kerana, tofu tidak diperam tetapi hanya digumpal(coagulate) sehingga ia bukanlah salah satu makanan soya yang dicadangkan.
No comments:
Post a Comment