Friday, 30 October 2015

Resepi: Puding Caramel

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
(untuk 4-6 hidangan)

Untuk Topping
1/2 cawan + 2 sudu besar (120 g) gula
2 sudu besar (30 ml) air 

Untuk Kastard 
3 biji telur
2 cawan (500 ml) susu
1/4 cawan (50 g) gula
1 kacang vanila
11/2 sudu kecil tepung jagung (pilihan) 


Cara-cara untuk membuatnya adalah:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 325 ° F / 160 ° C. 

2. Masak gula dan air dalam periuk sehingga cecair bertukar menjadi warna perang keemasan. Setelah itu, tuangkan karamel tadi ke dalam bekas/mangkuk dan ratakan setengah daripada ketinggian bekas/mangkuk itu, dengan cecair karamel pada setiap sisi bekas/mangkuk.

3. Tuangkan susu ke dalam periuk yang digunakan sama untuk membuat karamel tadi dengan menambah biji kacang vanila ke dalam susu. Panaskan, tetapi jangan sampai mendidih. Agak-agak dah timbul buih-buih itu, tutup api dapur dan tutup periuk, biarkan ia berehat selama beberapa minit.

 4. Dalam mangkuk yang berasingan pukul telur dengan gula. Tambah tepung jagung(pilihan). Kemudian tuangkan susu yang telah dimasak tadi ke dalamnya.  

5. Setelah itu tuangkan (bater) tadi ke dalam bekas/mangkuk yang telah diratakan dengan karamel sebelum ini.

6. Letakkan bekas/mangkuk yang telah berisi susu dengan karamel itu ke dalam bekas kosong yang saiznya lebih besar dan tuangkan separuh air panas ke dalamnya. Kemudian bakar selama 45 minit atau sehingga satu jam atau sehingga ia menjadi warna keemasan.  

7. Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian baru tutup dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. 

8. Siap.


Selamat Mencuba

Wednesday, 28 October 2015

Produk yang Berasaskan Soya

Sambungan daripada entri yang sebelum ini...

Jika anda suka makan makanan berasaskan soya, berikut adalah antara produk soya fermentasi yang utama:
  1. Tempe
  2. Miso- soya yang diperbuat bersama barli atau beras malta. Selalunya digunakan dalam masakan jepun untuk dibuat sup atau sos.
  3. Natto- makanan tradisional Jepun yang diperbuat bersama Bacillus subtilis. Mempunyai tekstur yang melekat dan rasanya seperti keju.
Selain daripada itu, manfaat utama dari kacang soya fermentasi terutama natto adalah sumber makanan terbaik untuk vitamin K2. Kerana vitamin K2 sangat penting untuk mencegah osteoporosis, penyakit jantung, penyakit otak seperti dimensia(dimentia) iaitu penyakit yang kehilangan fungsi mental dan melindungi anda daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser prostat, kanser paru-paru, kanser hati dan leukimia. Apa yang harus anda tahu ialah vitamin K bertindak secara bersinergi dengan vitamin D untuk membuat anda sihat.

Vitamin K kadang-kadang disebut sebagai "vitamin dilupakan" kerana manfaatnya sering diabaikan. Ia dinamakan selepas perkataan "koagulasi/koagulation," untuk mencerminkan peranan penting dalam pembekuan darah. Bahkan, enzim nattokinase yang diturunkan dari natto lebih selamat dan lebih kuat daripada aspirin dalam melarutkan pembekuan darah, dan telah digunakan dengan selamat selama lebih dari 20 tahun.

Jika anda menikmati natto atau beberapa makanan fermentasi soya yang lain, anda boleh mendapatkan beberapa miligram vitamin K2 dari mereka setiap hari (peringkat ini jauh melebihi jumlah vitamin K2 yang dijumpai bahkan dalam sayuran hijau). Malangnya kita tidak sedar akan perkara ini. Malahan orang dewasa turut dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 150mcg vitamin K2 pada setiap hari.

Antara makanan yang berasaakan soya yang perlu dielakkan adalah,
  1. Tofu(tauhu)
  2. TVP (texturized vegetable protein) atau sayur protein bertekstur dan protein soya terasing (soy protein isolate) yang mana ia mengandungi kandungan msg yang besar seperti:
    • minyak soya 
    • susu soya 
    • keju soya, ais krim soya, yogury soya 
    • 'daging' soya (produk tanpa daging yang diperbuat daripada TVP) 
    • protein soya 
    • edamame (kacang soya muda - digunakan secara meluas di China, Korea dan Jepun dalam masakan dan keropok) 
    • formula soya bayi(susu tepung)
Cara yang terbaik untuk menghilangkan soya bukan organik dan fermentasi dalam diet anda adalah dengan mengelakkan semua makanan soya yang telah diproses. Sekiranya anda membeli makanan yang dipek, anda boleh menyemak sama ada produk tersebut mengandungi soya atau tidak. Bermula pada tahun 2006, akta Perlindungan Pengguna dan Pnglabelan Alergi Makanan (The Food Allergen Labelling and Consumer Protection Act) mensyaratkan bahawa pengeluar produk makanan perlu untuk menyenaraikan sekiranya produk kilang mereka ada mengandungi soya, pada label kerana ia merupakan satu daripada lapan makanan berlergi.

 Awas! 
  • Sos soya yang diperbuat secara tradisional seperti soya fermentasi, garam dan enzim, seharusnya diwaspada kerana, kebanyakan daripada mereka ada yang menggunakan bahan kimia.
  • Tofu(tauhu) tidak boleh berada dalam senarai di atas kerana, tofu tidak diperam tetapi hanya digumpal(coagulate) sehingga ia bukanlah salah satu makanan soya yang dicadangkan.