Saturday 12 September 2015

Resepi: Pavlova

Antara bahan mentah yang diperlukan (untuk 8 hidangan)

Untuk Meringue
6 biji telur (Asingkan dan ambil yang putih sahaja)
1 1/2 cawan(300g) gula kastor
1 sudu besar(8g) tepung jagung
2 sudu teh cuka putih
1/8 sudu kecil garam

Untuk Topping
2 cawan(500g) krim putar
2 sudu besar(30g) gula kastor
1 sudu teh ekstrak vanila
500g buah segar

Cara-cara membuatnya adalah:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 300F(150 C). Kemudian lukiskan bentuk bulat (20cm) pada kertas minyak. Terbalikkan lukisan itu dan letakkan di atas dulang.

2. Masukkan putih telur dan garam ke dalam mangkuk, pukul pada kelajuan sederhana sehingga kelihatan buih. Setelah itu secara beransur-ansur masukkan gula dan terus pukul dalam 7 hingga 8 minit atau sehingga ia kelihatan pekat dan berkilat.

3. Kemudian masukkan cuka dan tepung jagung, gaul sampai sebati dengan menggunakan spatula.

4. Bahagikan bater tadi kepada 2 bahagian, dan letak di atas kertas minyak (yang dilukis sebentar tadi (20cm)) dengan menggunakan spatula, buat pusingan ala-ala meringue.

5. Bakar selama 1 jam, sehingga kelihatan kering dan ranggup di luar dan warnanya bertukar menjadi sedikit keemasan.

6. Keluarkan dan biarkan ia sejuk.

7. Dalam mangkuk lain pukul krim putar sehingga kelihatan buih. Kemudian masukkan gula dan ekstrak vanila, dan pukul lagi sehingga sebati.

8. Letakkan salah satu daripada kepingan meringue tadi di atas pinggan, *sapukan separuh daripada krim di atasnya dan  tabur/susunkan separuh daripada buah-buahan yang ada.

9. Untuk lapisan yang kedua, ulang cara yang sama dengan nombor *8.

10. Hiaskan dengan daun pudina jika mahu.

11. Siap.


Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment