Thursday 3 July 2014

Panduan Pemilihan Kaca Mata yang Bersesuaian

1. Panduan Pemilihan Kaca Mata yang Bersesuaian

  • Pastikan gaya rambut bersesuaian dengan cermin mata.
  • Warna rambut hitam lebih mudah mengenakan apa saja warna bingkai cermin mata.
  • Jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening walaupun bentuk segi empat besar atau bulat.


2. Panduan Memilih Bingkai Cermin Mata Mengikut Jenis Wajah/ Kepala

(a) Muka bulat
  • Wajah bentuk bulat, mempunyai rahang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi bulat.
  • Elakkan daripada memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia menonjolkan wajah anda lebih bulat.
  • Pilih cermin mata yang boleh menonjolkan perbezaan.
  • Pilih kacas mata berbentuk segi empat sama atau panjang, tetapi berlensa besar.
  • Jangan pilih terlalu kecil kerana ia membuatkan mata anda tampak lebih kecil.

(b) Muka Petak
  • Wajah empat segi dengan rahang petak.
  • Pilih bingkai cermin mata bentuk bulat atau bujur.

(c) Muka Bujur
  • Wajah bujur atau lonjong.
  • Anda bertuah kerana boleh mengenakan apa juga bentuk kaca.
  • Pilih bingkai bulat dan empat segi.
  • Terbaik, pilih kaca mata berbentuk empat segi, tetapi tidak begitu berpetak.

(d) Muka Segi Tiga
  • Pilih kaca mata bulat untuk memberi keseimbangan.
  • Lebih bulat lebih baik.

(e) Muka Bentuk Hati
  • Pilih bentuk bingkai kaca mata jenis bujur.

No comments:

Post a Comment