1. Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita
disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga
mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian
dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata,
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya
daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
2. Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb
bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka
Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari
terbenam pada hari itu.”
3. Membaca Surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca
surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua
Jumaat.”
4. Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat
sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah
membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang
membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10
kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala
juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah
Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang
yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya
(Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)
5. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada
malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian
menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
6. Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang
mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan
datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat
Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Manakala sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari
Jumaat adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat,
maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi
itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
7. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat
antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan
atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda
yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia
umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri
solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah
seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia
seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar,
malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang
untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran
malaikat.”
8. Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’
berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah,
iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada
dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang
sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua,
sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba
Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan
Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada
sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.
(HR.At-Tirmidzi).
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang
membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari
Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba
(Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada
Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya
kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”.
(HR.Al-Bukhari dan Muslim)
9. Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih
utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata:
Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya
seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.
Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia
dibanding hari-hari selainnya.
~Sudut perkongsian ilmu bersama~