Saturday, 25 April 2015

Khasiat Barli

Barli merupakan makanan ruji bagi manusia dan haiwan lain. Ia lebih tahan tanah dengan kandungan garam yang tinggi berbanding gandum. Barli atau dikenali sebagai Hordeum vulgare, merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting dan tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Barli juga merupakan tanaman bijirin yang kelima terbesar ditanam di dunia (530,000 km² atau 132 milion ekar). Tempoh percambahannya antara 1-3 hari.

Di Malaysia, bijirin yang dikenali sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris "Job's Tears, coix lacryma-jobi". Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".




Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser. Bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

No comments:

Post a Comment