Saturday 21 June 2014

Kenali Pelbagai Kepintaran

1. Kepintaran Linguistik
Iaitu kebolehan menggunakan bahasa dan boleh jadi juga banyak bahasa lain, dalam meluahkan apa dalam fikirannya anda, serta memahami pemikiran orang lain.
Ciri-ciri ini ada pada; penulis novel, penyajak, copywriter, penulis skrip, pemidato, pemimpin politik, editor, pegawai penerangan dan wartawan.

2. Kepintaran Matematik(Logical)
Iaitu kebolehan menggunakan alasan atau kewarasan akal, logik dan nombor.
Ciri-ciri ini ada pada; ahli matematik, saintis, jurutera, penyiasat polis, peguam dan akauntan.

3. Kepintaran Menggunakan Ruang(Visual)
Iaitu kebolehan untuk berfikir dalam bentuk gambar, menjadikan apa yang terlihat dalam fikiran diluahkan menerusi lukisan.
Ciri-ciri ini ada pada; arkitek, pelukis, pengukir, pemain catur, dan jurumudi.

4. Kepintaran Muzik
Iaitu kebolehan berfikir mengenai muzik, boleh mendengar pola, mengenali muzik, mengingat dan boleh jadi juga memanipulasi.
Ciri-ciri ini ada pada; komposer, konduktor, dan individu terbabtit dalam dunia muzik.

5. Kepintaran Kinesthetic(Pergerakan Tubuh Badan)
Iaitu kebolehan menggunakan seluruh tubuh badan atau bahagian tubuh badan tertentu seperti tangan, jari atau lengan untuk menyelesaikan permasalahan atau menghasilakn sesuatu.
Ciri-ciri ini ada pada; penari, pelakon, olahraga, jurubedah, guru karate, dan pemandu kenderaan laju.

6. Kepintaran Interpersonal(Sosial)
Iaitu kebolehan mengerti dan memahami orang lain seperti perubahan mood, keinginan dan motivasi orang lain. Ia lebih kepada perhubungan dengan orang lain serta aspek komunikasi.
Ciri-ciri ini ada pada; ahli politik, guru, pemimpin agama, dan kaunselor.

7. Kepintaran Interpersonal(Gerak Hati)
Iaitu kebolehan memahami emosi. Berkaitan diri seperti refleksi dan metacognition.
Ciri-ciri ini ada pada; penulis novel, kaunselor, ahli falsafah, dan pemimpin.

8. Kepintaran Alam(Naturalistic)
Iaitu kebolehan mengenali alam flora dan fauna, minat berkebun dan biologi sains.
Ciri-ciri ini ada pada; saintis alam sekitar, pencinta haiwan, ahli yoga, ahli antropologi dan aktivis alam.

#Persoalannya sekarang, anda di tahap kepintaran yang mana satu?

No comments:

Post a Comment