Monday 23 June 2014

Diet Mengikut Jenis Darah

Assalamualaikum
Di sini terdapat sedikit informasi berkaitan diet mengikut jenis darah. Diharap ianya dapat membantu terutama, bagi mereka-mereka di luar sana yang sedang mengamalkan amalan berdiet sekarang ini ^^

Diet untuk darah jenis A
      Mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

      Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung(dalam jumlah terbatas), lemak(dalam jumlah terbatas, kekacang, bijirin dan susu kacang soya). Selain itu, perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. 

Diet untuk darah jenis B
      Individu darah jenis B lebih fleksibal. Mereka perlu menghindari makanan beku atau makanan dalam tin. Selain itu, sangat dianjurkan makanan berasakan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet untuk darah jenis AB
      Manakala pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur(kecuali telur itik), susu fermentasi(melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O
      Bagi pemilik darah jenis O pula disarankan mengambil lebih banyak makanan berprotein tinggi mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta, sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang. Namun menghindari produk susu dan gandum. Dan mengehadkan pengambilan buah-buahan. 

No comments:

Post a Comment