Saturday 3 May 2014

Tentang Disleksia

Apa itu Disleksia?
Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'DYN' bermaksud susah dan 'LEXIA' bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit tetapi, merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Walaubagaimana pun mereka-mereka ini sebenarnya masih mempunyai daya pemikiran yang normal.

Selain itu, mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia ini juga mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang dan ada yang sukar untuk mempelajari turutan seperti sifir. Perlu diketahui bahawa mereka-mereka yang mempunyai masalah Disklesia ini tidak semuanya mempunyai masalah yang serupa dengan orang lain yang mempunyai masalah Dikleksia juga.

Antara punca Disleksia adalah;
Dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap Disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca Disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap Disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Antara ciri-ciri bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah Diskleksia adalah;
  1. Lambat bertutur.
  2. Mengalami kesukaran sebutan atau rima.
  3. Sukar menulis nama sendiri.
  4. Sukar mengenal bentuk atau warna.
  5. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.
Kesan daripada pandangan buruk masyarakat luar, terhadap mereka-mereka yang mengalami masalah Diksleksia adalah;
  1. Disalah sangka dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab.
  2. Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri.
  3. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan.
  4. Masalah tingkahlaku seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku.
  5. Rendah pencapaian akademik.
Adakah mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia ini mempunyai keistimewaan?
Jawapanya adalah YA. Setiap individu yang dilahirkan itu mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia ini juga mempunyai keistimewaan dan kemahiran mereka tersendiri. 

Antara individu ternama yang mepunyai masalah Disleksia adalah;
  1. Ahli politik- Lee Kuan Yew
  2. Pelakon- Whoopi Goldberg
  3. Artis- Leonardo da Vinci
  4. Saintis- Albert Einstein
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia adalah;

     1.   Mempertingkatkan potensi pembelajaran mereka melalui;
  • Terapi pertuturan.
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer.
  • Pendekatan pelbagai deria. Contoh, deria sentuhan. Menggunakan lakaran atas kertas pasir. Deria pendengaran, menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf.
  • Merasa pergerakan bibir.
  • Menulis huruf atau perkataan.  
     2.  Membantu dari segi membina semula keyakinan ke dalam diri mereka.

     3.  Penyakit Disleksia ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. 
          Penghidap Disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk 
          meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

Antara langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil adalah;
  1. Membantu anak Disleksia menguasai maklumat secara beransur ansur.
  2. Pengulangan semasa mengajar.
  3. Gunakan video atau kaset untuk belajar.
  4. Atau, menghantar mereka ke program pemulihan khusus.

No comments:

Post a Comment