Saturday 3 May 2014

Cara Hilangkan Kesan Lekit di Tangan

Ambil contoh, buah nangka.
Umumnya tahu bahawa buah nangka sememangnya ada getah yang bila kita pegang ada rasa macam melekit-lekit tu kan. Ha, yang itulah.

Sebenarnya mungkin ada banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan untuk membantu menghilangkan rasa lekit di tangan terutama, selepas kita membelah dan mengopak buah nangka.

Cara untuk menghilangkan rasa lekit di tangan;
  1. Selepas sudah habis kerja-kerja mengopak buah nangka, basuh tangan dan kemudian ambil lotion badan yang korang punya sendirian berhad tu, letak sikit dekat tapak tangan korang dan gosok-gosok sampai hilang rasa lekit tu. Senang cerita pakai macam biasa korang pakai lotion dekat tangan korang yang sebelum-sebelum ni. Tak akan tak pernah pakai.?
Cara untuk memudahkan membelah buah nangka:
  1. Sebelum korang belah buah nangka, korang sapukan minyak masak pada bilah pisau yang akan korang gunakan untuk belah buah nangka tersebut. Tujuannya supaya dapat mengurangkan rasa lekit pada pisau korang akibat terkena getah buah nangka yang melekat pada pisau korang tu. Selain itu, membantu melancarkan lagi proses untuk membelah buah nangka.
Petua untuk elakkan warna buah nangka menjadi cepat buruk.
  1. Kalau boleh jangan basuh buah nangka selepas kerja-kerja mengopak. Kerana dikhuatiri boleh menyebabkan warna buah nangka menjadi cepat buruk. Hanya basuh buah nangka sebelum kita nak makan saja. 

No comments:

Post a Comment