Hari ini aku nak berkongsi bagaimana cara untuk menghasilkan snack Bar Bounty. Tak tahu apa itu bar bounty?? Contoh ada dalam gambar dibawah:
Inilah snack Bar Bounty
Dah tengok.
Baiklah sekarang mari kita belajar cara-cara untuk membuatnya pula.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 400g coklat (boleh guna coklat jenama cadbury atau jenama lain)
- kelapa kering/parut
- susu pekat manis
Cara-cara untuk membuatnya pula adalah:
1. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak
sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau
terlalu kering.
2. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20
minit.
3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.
4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan
bekukan sekali lagi selama 15 minit.
5. Selesai.
~ Selamat Mencuba ~
No comments:
Post a Comment