- Januari 01-09 > Anjing
- Januari 10-24 > Tikus
- Januari 25-31 > Singa
- Februari 01-05 > Kucing
- Februari 06-14 > Merpati
- Februari 15-21 > Kura-kura
- Februari 22-28 > Harimau Bintang
- Mac 01-12 > Monyet
- Mac 13-15 > Singa
- Mac 16-23 > Tikus
- Mac 24-31 > Kucing
- April 01-03 > Anjing
- April 04-14 > Harimau Bintang
- April 15-26 > Tikus
- April 27-30 > Kura-kura
- Mei 01-13 > Monyet
- Mei 14-21 > Merpati
- Mei 22-31 > Singa
- Jun 01-03 > Tikus
- Jun 04-14 > Kura-kura
- Jun 15-20 > Anjing
- Jun 21-24 > Monyet
- Jun 25-30 > Kucing
- Julai 01-09 > Tikus
- Julai 10-15 > Anjing
- Julai 16-26 > Merpati
- Julai 27-31 > Kucing
- Ogos 01-15 > Monyet
- Ogos 16-25 > Tikus
- Ogos 26-31 > Kura-kura
- September 01-14 > Merpati
- September 15-27 > Kucing
- September 28-30 > Anjing
- Oktober 01-15 > Monyet
- Oktober 16-27 > Kura-kura
- Oktober 28-31 > Harimau Bintang
- November 01-16 > Singa
- November 17-30 > Kucing
- Disember 01-16 > Anjing
- Disember 17-25 > Monyet
- Disember 26-31 > Merpati
Huraian:
Anjing
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetiaan kamu memang tidak boleh disangkal lagi. Kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu. Malahan di dalam kerjaya kamu memang seorang yang boleh dipercayai. Kamu adalah seorang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan jenis seorang yang akan mencari masalah dan suka akan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman kamu suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik tetapi, kamu akan mudah berasa malu dan sedih sekiranya almari pakaian kamu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun tidak mempunyai teman yang ramai tetapi, teman-teman yang bersama-sama dengan kamu sememangnya mempunyai kualiti yang baik.
Tikus
Kamu ini memang penuh dengan muslihat. Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekeliling kamu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai akan kehadiran kamu. Tetapi, kamu seorang yang agak sensitif orangnya dan itu menjadikan orang disekeliling kamu untuk berhati-hati apabila berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar dengan kamu sememangnya, mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum. Oleh demikian, kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Singa
Begitu kontra dengan spesies kamu. Rupanya kamu ini seorang yang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dalam sebarang pertengkaran atau bentuk pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tanpa arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi oleh orang lain. Namun, kamu seorang yang mudah dipermainkan oleh orang lain. Jadi berhati-hati!
Kucing
Kamu memang penyayang dan disayangi. Namun, begitu kamu seorang yang agak pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu gemar mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi biasa kamu memang nampak tenang tetapi, apabila kamu dicabar serta merta kamu akan mudah mengamuk. Mereka yang bernaung di bawah kucing memang bijak dalam bergaya. Orang di sekeliling kamu sering menjadikan kamu sebagai idola mereka di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi, kamu hanya akan bercakap dengan orang yang kamu kenali sahaja. Kamu memang seorang yang begitu berhati-hati dalam memilih teman.
Kura-kura
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan kamu seorang yang baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang oleh orang di sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian. Sekiranya ada teman-teman kamu yang menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba untuk menyakitkan hati mereka. Oleh sebab itu, kamu memang disayangi dan disenangi oleh teman-teman kamu. Kamu tidak suka bercakap belakang dan orang di sekeliling kamu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa memberikan kasih sayang tetapi, tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati
Simbol sikap kamu adalah sentiasa riang. Apa sahaja yang kamu lakukan, kamu akan berasa senang dengannya. Kehadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang di sekeliling kamu begitu seronok dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan dan bijak dari segi memujuk serta pandai menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini sememangnya kamu akan tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang seorang yang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kerana kamu mudah jatuh cinta.
Harimau Bintang
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dalam keadaan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran kamu tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala kamu ini jenis kejam orangnya. Kamu suka bergosip tetapi, hanya apabila bersama-sama dengan teman-teman yang kamu boleh percayai saja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah seorang yang begitu teratur dan kemas orangnya. Kamu adalah seorang yang suka dan mahu sesuatu benda itu mengikut dengan cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang kehilangan teman. Namun, apabila teman-teman kamu menghadapi masalah, kamu adalah orang yang pertama akan mereka cari.
Monyet
Tidak sabar dan begitu hiperaktif. Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, dalam realiti kamu sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai orang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak apabila berhadapan dengan masalah tetapi, tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan bertindak secara berfikir dulu sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelamat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak dalam mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.
No comments:
Post a Comment