Di sini aku ada sedikit maklumat yang aku baca berkaitan dengan masalah dengkur. Selepas dah baca info-info berkaitan dengan masalah dengkur itu, aku buat keputusan untuk buat satu kesimpulan dalam bentuk nota ringkas. Supaya selepas ini senanglah untuk aku jadikan bahan rujukan di kemudian hari.
- Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Kerana berlakunya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi dengkur pula akan terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.
- Pada tahun 2002, sepasukan penyelidik dari Universiti Michigan telah melaporkan, daripada 229 orang kanak-kanak yang ditemui, mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi hiper-aktif.
- Antara sebab-sebab berlakunya bunyi berdengkur adalah:
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
- Lelangit lembut dan anak tekak yang panjang.
- Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.
- Batang hidung yang bengkok dan jangkitan sinus.
- Kesan buruk yang mungkin berlaku akibat masalah berdengkur adalah:
- Mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri jika tidak dirawat dengan segera.
- Rawatan yang akan diberikan kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah ini adalah, bergantung kepada diagnosis yang dibuat dan sebab-sebab yang dikenal pasti. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan 'adenoid '.
- Petua untuk mengurangkan masalah dengkur adalah:
- Kurangkan berat badan jika mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.
- Kurangkan pengambilan arak atau ubat-ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
- Elakkan daripada mengambil tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
- Elakkan pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.
- Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
- Konklusinya di sini adalah, dengkuran yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu ketenteraman orang disekeliling mereka, sepatutnya mencari dan berjumpa dengan kadar segera khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. Selain itu, 'Mencegah itu lebih baik daripada merawati.' Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dijaga supaya tidak akan menimbulkan sebarang kesusahan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment