Hi guys,
Tolong jangan salah faham. Tujuan blog ini dibuat bukan bermakna aku ni jenis orang yang suka digelar 'kaki jalan' mahupun 'kutu merayau'. Hanya gara-gara tema tajuk blog aku ni 'My Journey'. Bukan, bukan yer..
Sebab apa aku putuskan untuk letak nama blog aku 'my journey' kerana.... kerana bagi aku kehadiran blog ini adalah ibarat diari kedua untuk aku. Malahan aku dapat merakam segala kenangan pahit manis perjalanan hidup aku ini dengan cara menaip atau menulis. Cuma yang membezakan adalah, ia secara online dan ada banyak kolebrasi widget-widget yang cantik menarik lagi kebabom.
Selain itu, tujuan blog ini diwujudkan semula adalah kerana mungkin juga kedegilan dan mungkin juga kegatalan jari jemari ku ini yang rajin untuk menaip di papan kekunci seperti ini. Ya, aku mengaku memang aku ni jenis yang suka menulis mahupun menaip. Pendek kata, disebabkan KERAJINAN menulis aku ni hampir-hampir kemuncak(err..tak kemuncak sangat pun), datang pergi kerja pun aku mesti buat satu buku log. Apa ingat budak yang pergi belajar saja ke yang ada guna buku log. Aku yang pergi kerja ni pun ada buku log. Tapi buku log sendirilah. Tak ada logo apa-apa. Sendirian berhad punya. Aku dengan cara aku, kalian dengan cara kalian. Masing-masing ada cara tersendiri. Bukan begitu?
Cara aku punya senang sahaja. 1. Buat kerja macam biasa. 2. Catit segala jenis-jenis cara kerja apa yang aku dah buat. Daripada proses pertama sehinggalah ke proses yang terakhir pada hari itu. Kalau ada yang penting buatlah tanda * ke, tanda # ke, ikut diri sendiri. Hari lain pun macam tu juga sama saja, akan aku catit dalam buku log aku ini jenis kerja-kerja apa yang aku dah buat sehinggalah ke proses kerja aku yang terakhir. 3. Praktikkan semula kerja apa yang aku dah buat. Tetapi tidak semua kerja-kerja yang aku buat itu akan menggunakan cara penyelesaian yang sama. Bergantung pada situasi. Faham tak??
Buku log ni juga sangat berguna jikalau adanya perasaan ragu-ragu mahupun kurang keyakinan diri, dalam menyelesaikan sesuatu tugasan harian. Tapi tidak semua tugasan perlu dirujuk. Mana-mana yang perlu sahaja dirujuk. Contohnya, tugasan yang jarang-jarang dibuat. Sekurang-kurangnya bolehlah aku rujuk semula buku log yang telah pun aku buat sebelum ini. Nampak tak kepentingan adanya buku log. Tapi ini cuma pendapat aku. Jangan kecam aku pula nanti.
Kedua, sebab aku ingin berkongsi maklumat yang aku pernah baca dan pengalaman yang aku lalui sendiri. Manalah tahukan ada adik-adik junior yang macam aku ini, blur-blur katak terutama masa awal-awal nak buat tugasan baru itu. Bolehlah aku tunjuk buku ni. Kiranya macam berkongsi ilmulah macam itu.
Ok, sampai di sini saja aku mengarut yang pelik-pelik di dalam ruangan entri pada kali ini. Ada masa aku taip lagi. Okey bye bye.
No comments:
Post a Comment