Friday, 1 May 2015

Resepi: Bar Bounty

Hi.
Hari ini aku nak berkongsi bagaimana cara untuk menghasilkan snack Bar Bounty. Tak tahu apa itu bar bounty?? Contoh ada dalam gambar dibawah:

Inilah snack Bar Bounty


Dah tengok.
Baiklah sekarang mari kita belajar cara-cara untuk membuatnya pula.


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 400g coklat (boleh guna coklat jenama cadbury atau jenama lain)
  • kelapa kering/parut
  • susu pekat manis

Cara-cara untuk membuatnya pula adalah:

1. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.

2. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

5. Selesai.


~ Selamat Mencuba ~

Wednesday, 29 April 2015

Angry Mom

Hi guys,

Angry Mom. This drama about a mother who goes to school for her children who suffer from school violence.



Synopsis:

Oh Ah Ran (Kim Yoo Jung) is a high-schooler who sticks up for her bullied friend and becomes the victim of bullying in turn. Jo Kang Ja (Kim Hee Sun) is her mom, a former Busan badass who got pregnant in her teens and raised her daughter as a single mom. Jo Kang-ja was once legendary for being the toughest, most feared troublemaker at her Busan high school. Dropping out of school and to become a responsible mother to Oh Ah-ran.





Fast-forward to the present, and Kang-ja is now in her thirties and Ah-ran is a teenager. The two have a contentious relationship, with Ah-ran ashamed of her quick-tempered, foul-mouthed, sashimi knife-wielding mother for the latter's unrefined ajumma manner.
When Ah-ran befriends the class outcast, it makes her the target of the school bullies who make her life hell; yet she's too proud to tell her mother what's happening. 





When Kang-ja finds out that her daughter is getting bullied, she decides to take matters into her own hands. Unbeknownst to Ah-ran, she enrolls in her daughter's high school as an undercover student with the false name "Jo Bang-wool" to teach those bullies a lesson. But, she learns that there are bigger, darker problems within the educational system, and Kang-ja makes it her mission to put a stop to the school violence, with the help of Ah-ran and naive, idealistic homeroom teacher Park No-ah.




    















Monday, 27 April 2015

9 Amalan Hebat Pada Hari Jumaat

1.  Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

2.  Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”

3.  Membaca Surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

4.  Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)

5.  Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah

6.  Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Manakala sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).

7.  Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”

8.  Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).

Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (HR.Al-Bukhari dan Muslim)

9.  Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.


~Sudut perkongsian ilmu bersama~