Monday, 9 March 2015

Resepi: Kek Pisang

Ok hari ini mari kita belajar buat kek pisang. Aku sendiri pun belum pernah lagi buat kek pisang ni tetapi, perasaan ingin mencuba tu tetap ada. Bak kata mak aku "suatu hari nanti".






Bahan-bahan yang kita perlukan adalah:
  • 2 cawan tepung gandum(jangan guna yang cap 1malaysia tu tak elok sangat)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji pisang masak yang telah dilenyekkan(jangan guna pisang nangka tak sesuai)
  • 1/2 cawan minyak jagung 
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara untuk membuatnya adalah:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan griskan loyang kek dengan sedikit mentega.
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan baking powder dan kemudian ketepikan.
  3. Seterusnya putar telur dengan gula sehingga kembang.
  4. Selepas tu masukkan esen vanilla bersama pisang yang telah dilenyek dan putar sehingga sebati. Kemudian massukkan tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan baking powder yang telah diayak sebentar tadi.
  5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan pukul sehingga sebati.
  6. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digriss dan bakar selama 40 minit atau 1 jam..(biar sampai betul-betul masak)
  7. Setelah siap dimasak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu. Selepas itu barulah boleh dipotong dan makan.

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment