2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan
ayat 36 surah al-Imran. -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari
daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta
ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan
kalimah mulia dalam hati.
3. Memberi nama yang baik -Nama yang baik adalah
nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah. Tegas
Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh
Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
4. Tahnik (Belah Mulut) -Menggunakan buah tamar
yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan
ke kiri. -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana
sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
5. Cukur rambut -Sunat mencukur rambut bayi
ketika bayi berusia 7 hari. -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau
perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin. -Bercukur boleh
melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata,
penglihatan, pendengaran dan deria bau). -Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat
al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut
bertompok-tompok”.
6. Aqiqah -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi
berusia 7 hari. Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
(hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih
kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama
ke atasnya” -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri
dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk
korban). Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah
mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar
dan untuk perempuan seekor kambing”-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai
manis dan tulangnya tidak dipatahkan. Sabda Rasululah (hadis riwayat
al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama
besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara
berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan.
No comments:
Post a Comment