Sunday, 27 April 2014

Cara Nak Wujudkan Pages dan Tab Menu Yang Baru

Salam.

Hari ini aku akan ajar korang bagaimana cara nak buat tab menu yang baru melalui pages. Macam biasa aku akan ajar satu persatu. Diharap ia sedikit sebanyak dapat membantu korang yang di luar sana. Walaupun tanpa sebarang gambar untuk dijadikan sebagai rujukkan.

(1) Wujudkan Pages

Langkah Pertama
Buka blog seperti biasa, masukkan email, password dan klik sign in.

Langkah Kedua
Cari perkataan 'layout' dan klik akan ia.

Langkah Ketiga
Pada layout, cari kotak(nak pilih kotak yang mana-mana pun boleh) yang ada perkataan add a gadget dan klik akan ia.

Langkah Keempat
Dari situ sila cari item yang ada tulis perkataan Pages dan klik simbol add (lokasi- sebelah kanan).

Langkah Kelima
Klik butang save.

Langkah Keenam
Dan jangan lupa juga untuk klik butang save arrangement.

Langkah Ketujuh
Klik view blog atau klik preview untuk lihat hasilnya. Done!


(2) Untuk Bahagian Tab Menu Baru
*Sambungan daripada yang atas, selepas nombor pertama.
Langkah Pertama
Cari perkataan 'pages' dan klik akan ia.

Langkah Kedua
Klik pada butang yang ada perkataan New Pages.

Langkah Ketiga
Pada kotak kosong ruangan Page Title itu nanti, sila taip dan namakan tab menu baru yang korang nak namakan.

Langkah Keempat
Klik butang save.

Langkah Kelima
Klik butang publish.

Langkah Keenam
Klik view blog untuk lihat hasilnya. Done!

Friday, 25 April 2014

Petua Mengelakkan Hirisan Warna Buah Epal Daripada Cepat Buruk


Aku nak berkongsi sedikit tips bagaimana cara untuk melambatkan proses warna hirisan buah epal yang kita dah potong, bertukar menjadi kepada warna yang agak keperangan. Caranya senang sahaja.

Selepas buah-buah epal itu telah dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki, rendamkan kesemua hirisan buah-buah epal tadi ke dalam air yang telah dicampurkan dengan garam. Dalam masa 3 - 4 minit, angkat dan tuskan airnya ke dalam singki. Kemudian bilas dengan air biasa, sekali sahaja. 

Nah, sekarang dah boleh makan seperti biasa. Mudah sangatkan.

Tentang Berdengkur

Bunyi berdengkur ketika tidur bagi golongan orang dewasa adalah dianggap normal. Tetapi, tentu berasa sedikit kehairanan apabila bayi yang berusia setahun yang tidur nyenyak juga boleh berdengkur seperti orang dewasa. Adakah ianya normal?

Di sini aku ada sedikit maklumat yang aku baca berkaitan dengan masalah dengkur. Selepas dah baca info-info berkaitan dengan masalah dengkur itu, aku buat keputusan untuk buat satu kesimpulan dalam bentuk nota ringkas. Supaya selepas ini senanglah untuk aku jadikan bahan rujukan di kemudian hari.
  • Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Kerana berlakunya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi dengkur pula akan terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.
  • Pada tahun 2002, sepasukan penyelidik dari Universiti Michigan telah melaporkan, daripada 229 orang kanak-kanak yang ditemui, mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi hiper-aktif. 
  • Antara sebab-sebab berlakunya bunyi berdengkur adalah:
  1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. 
  2. Tisu tekak yang besar dan tebal. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar. 
  3. Lelangit lembut dan anak tekak yang panjang. 
  4. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. 
  5. Batang hidung yang bengkok dan jangkitan sinus.
  • Kesan buruk yang mungkin berlaku akibat masalah berdengkur adalah: 
  1. Mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri jika tidak dirawat dengan segera.
  • Rawatan yang akan diberikan kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah ini adalah, bergantung kepada diagnosis yang dibuat dan sebab-sebab yang dikenal pasti. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan 'adenoid '.
  • Petua untuk mengurangkan masalah dengkur adalah: 
  1. Kurangkan berat badan jika mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. 
  2. Kurangkan pengambilan arak atau ubat-ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur. 
  3. Elakkan daripada mengambil tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
  4.  Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari. 
  5. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang. 
  6. Elakkan pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat. 
  7. Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
  • Konklusinya di sini adalah, dengkuran yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu ketenteraman orang disekeliling mereka, sepatutnya mencari dan berjumpa dengan kadar segera khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.  Selain itu, 'Mencegah itu lebih baik daripada merawati.' Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dijaga supaya tidak akan menimbulkan sebarang kesusahan di kemudian hari.

Thursday, 24 April 2014

How to Create a Blog

Bagaimana nak buat blog. Senang saja. Hari ini aku akan berkongsi cara bagaimana nak buat blog. Blog amat popular sekarang ini apa lagi untuk kegunaan sendiri, perniagaan mahupun perkongsian ilmu. Kerana ia adalah antara alat perantaraan yang paling senang dicapai oleh semua orang di internet.

Untuk lebih faham, aku akan ajar satu persatu. Langkah demi langkah. Ini adalah tutorial asas bagaimana memulakan blog baru dengan menggunakan platform terkenal seperti Blogger, aka Blogspot. Ingat Blogspot adalah Blogger.

Langkah Pertama

Berikut merupakan tutorial untuk layout Blogger yang baru - 2012 memandangkan blogger sudah menukar layoutnya, dan tiada lagi layout yang macam dulu. Ingat jika nak buat blogspot jangan pergi ke Blogspot.com, ramai juga yang masih baru dalam dunia blog pergi ke situ, sebenarnya Blogspot adalah Blogger jadi, Pergi ke >
 http://www.blogger.com 

Nampak butang warna oren sebelah kiri dalam gambar tu? Dia ada tulis 'Get Started'. Nanti klik pada butang oren tersebut.

Langkah Kedua

Korang kena wujudkan akaun google.


Lepas dah isi semua maklumat berkaitan dalam kotak-kotak kosong tersebut, sila klik butang warna oren yang ada perkataan 'Continue' tu.

Langkah Ketiga

Tahniah!! Sekarang korang dah ada akaun blog. Langkah yang seterusnya adalah bagaimana cara nak post ke dalam blog korang tu.


Klik butang warna kelabu yang ada perkataan 'New Blog'. Disebabkan ini adalah post korang yang pertama kali di dalam dunia blogger, jadi kita akan mulakan proses mengepost ke dalam blog baru korang tu.

Langkah Keempat

Selepas dah klik butang 'New Blog' akan muncul macam dalam gambar di bawah ini. 


Selepas dah isi nama blog dan alamat web untuk blog baru korang tu, sila klik butang warna oren di bawah (macam yang dalam gambar tu) yang ada tulis 'Create Blog!'.

Langkah Kelima









 Langkah Keenam

 
Selesai!

#Adakah maklumat di atas dapat membantu korang?

Wednesday, 23 April 2014

My Journey

Hi guys,

Tolong jangan salah faham. Tujuan blog ini dibuat bukan bermakna aku ni jenis orang yang suka digelar 'kaki jalan' mahupun 'kutu merayau'. Hanya gara-gara tema tajuk blog aku ni 'My Journey'.  Bukan, bukan yer..

Sebab apa aku putuskan untuk letak nama blog aku 'my journey' kerana.... kerana bagi aku kehadiran blog ini adalah ibarat diari kedua untuk aku. Malahan aku dapat merakam segala kenangan pahit manis perjalanan hidup aku ini dengan cara menaip atau menulis. Cuma yang membezakan adalah, ia secara online dan ada banyak kolebrasi widget-widget yang cantik menarik lagi kebabom.

Selain itu, tujuan blog ini diwujudkan semula adalah kerana mungkin juga kedegilan dan mungkin juga kegatalan jari jemari ku ini yang rajin untuk menaip di papan kekunci seperti ini. Ya, aku mengaku memang aku ni jenis yang suka menulis mahupun menaip. Pendek kata, disebabkan KERAJINAN menulis aku ni hampir-hampir kemuncak(err..tak kemuncak sangat pun), datang pergi kerja pun aku mesti buat satu buku log. Apa ingat budak yang pergi belajar saja ke yang ada guna buku log. Aku yang pergi kerja ni pun ada buku log. Tapi buku log sendirilah. Tak ada logo apa-apa. Sendirian berhad punya. Aku dengan cara aku, kalian dengan cara kalian. Masing-masing ada cara tersendiri. Bukan begitu?

Cara aku punya senang sahaja. 1. Buat kerja macam biasa. 2. Catit segala jenis-jenis cara kerja apa yang aku dah buat. Daripada proses pertama sehinggalah ke proses yang terakhir pada hari itu. Kalau ada yang penting buatlah tanda * ke, tanda # ke, ikut diri sendiri. Hari lain pun macam tu juga sama saja, akan aku catit dalam buku log aku ini jenis kerja-kerja apa yang aku dah buat sehinggalah ke proses kerja aku yang terakhir. 3. Praktikkan semula kerja apa yang aku dah buat. Tetapi tidak semua kerja-kerja yang aku buat itu akan menggunakan cara penyelesaian yang sama. Bergantung pada situasi. Faham tak??

Buku log ni juga sangat berguna jikalau adanya perasaan ragu-ragu mahupun kurang keyakinan diri, dalam menyelesaikan sesuatu tugasan harian. Tapi tidak semua tugasan perlu dirujuk. Mana-mana yang perlu sahaja dirujuk. Contohnya, tugasan yang jarang-jarang dibuat. Sekurang-kurangnya bolehlah aku rujuk semula buku log yang telah pun aku buat sebelum ini. Nampak tak kepentingan adanya buku log. Tapi ini cuma pendapat aku. Jangan kecam aku pula nanti.

Kedua, sebab aku ingin berkongsi maklumat yang aku pernah baca dan pengalaman yang aku lalui sendiri. Manalah tahukan ada adik-adik junior yang macam aku ini, blur-blur katak terutama masa awal-awal nak buat tugasan baru itu. Bolehlah aku tunjuk buku ni. Kiranya macam berkongsi ilmulah macam itu.

Ok, sampai di sini saja aku mengarut yang pelik-pelik di dalam ruangan entri pada kali ini. Ada masa aku taip lagi. Okey bye bye.

Monday, 21 April 2014

Pengenalan

Assalamualaikum.

Tajuk di atas dah macam nak buat folio pun ada. Ate tiba-tiba jadi teringat pula teman masa zaman sekolah dulu-dulu. Hehe.. Owh, lupa nak perkenalkan diri. I'm Back!!
Lepas ni lebih banyak info akan aku kongsikan bersama-sama pembaca di luar sana. Sebelum aku mengundur diri, izinkan aku untuk berpantun. Uhuk uhuk uhuk..

Walaupun tidak sempurna, ayat tunggang-langgang tapi aku nak juga cuba berpantun. #JanganGelakTaw

Air pasang malam surut pagi-pagi,
Apek bangun tidur siram pokok keladi,
Pokok keladi buntal kurus macam lidi,
Ada kambing busuk baca post ini.

Huahahaha... TERKENA!!
Ada lagi satu.

Huluran salam berhias senyuman,
Pertemuan mengeratkan perhubungan,
Saling bermesra kukuhkan ikatan,
Persaudaraan di dalam keredhaanNya.

Salam perkenalan dari aku buat semua pembaca di luar sana.