Thursday 27 September 2018

Kenapa Dengan Rambut Saya Ni??

Masalah Keguguran Rambut
Assalamualaikum.
Tahukah kamu bahawa setiap orang memiliki antara 80,000 hingga 150,000 helai rambut dan setiap helai rambut akan melalui tiga fasa ni sepanjang jangka hayatnya. Iaitu pertumbuhan rambut baru (anagen, antara satu hingga lima tahun), rehat (telegon, selama beberapa bulan) dan rambut gugur (katagen).

 
Sewaktu kecil dulu, ibu selalu mengingatkan kita supaya jangan mengambil makanan yang terlalu masin. Kerana garam yang berlebihan boleh menyebabkan rambut gugur. Wakaupun tanggapan seperti ini boleh dianggap sebagai kuno namun, sehingga sekarang masih ada lagi ibu-ibu muda yang rajin menegur atau melarang sama sekali anak-anak kecil mereka daripada mengambil makanan snek atau keropok kentang yang bersalut garam. Hal ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan keguguran rambut.


Sejauh mana kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Tetapi kebanyakkan daripada mereka mempercayai kata-kata ini. Walaupun pada zaman sekarang keguguran rambut diketahui boleh berpunca daripada banyak faktor lain yang tidak pernah kita sangkakan.


Kira-kira 90% daripada rambut pada kulit kepala kita tumbuh pada setiap hari. Fasa pertumbuhan ini berlaku antara dua dan enam tahun. 10% daripada rambut berada dalam kadaan fasa rehat selama dua hingga tiga bulan. Manakala pada akhir fasa ini, rambut akan gugur.


Apabila rambut gugur, rambut baru akan tumbuh daripada folikel yang sama untuk menggantikannya dan memulakan semula kitaran pertumbuhan. Rambut pada kulit kepala tumbuh kira-kira setengah inci sebulan. Apabila usia kita meningkat, kadar pertumbuhan rambut kita akan menjadi semakin perlahan.


Dalam keadaan biasa, keguguran rambut adalah disebabkan oleh kitaran semula jadi rambut dan kehilangan antara 50 hingga 100 helai rambut sehari tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan. Dalam keadaan normal, rambut akan gugur dan lama-kelamaan pertumbuhannya menjadi semakin perlahan.


Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan keguguran rambut secara berlebihan? Berikut adalah antara faktor-faktornya:
  1. Genetik
  2. Faktor-faktor Pemakanan
  3. Kesilapan/Kurangnya Ilmu Penjagaan Rambut yang Betul

Rawatan serta Penjagaan Rambut yang Betul
Cara yang senang untuk penjagaan rambut kamu adalah;

  1. Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut kamu.
  2. Urut dengan lembut apabila memcuci rambut kamu, jangan menggosoknya terlalu kuat/kasar.
  3. Jagalah rambut kamu dengan baik. Jangan mengeritingkan, meluruskan atau mewarnakan rambut kamu terlalu kerap.
  4. Jagalah rambut kamu daripada terlalu banyak terdedah kepada sinaran matahari atau air klorin.
  5. Makan makanan yang sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
  6. Jika  kamu mengalami masalah seperti keguguran rambut yang kronik, pergilah berjumpa dengan doktor untuk merawatinya.


Konklusi, untuk membolehkan kita mengawal atau menguruskan keguguran rambut, terlebih dahulu kita perlu tahu cara rambut tumbuh sebelum mengenal pasti punca dan mencari cara untuk merawatnya. Contoh, kamu mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan kamu tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien.


Rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang boleh didapati dalam kekacang, buah-buahan, tomato, dan susu. Kerosakkan rambut yang drastik ini juga boleh berlaku jika kamu mempunyai gangguan daripada corak pemakanan kamu sendiri, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat! Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa kamu berasa sihat dan yakin dengan diri sendiri. Sekian.


No comments:

Post a Comment