Friday, 3 July 2015

Resepi: Kuih Onde-Onde

Kali ini mari kita cuba buat kuih onde-onde pula.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah (untuk 5-6 orang):

  • 500 gram tepung pulut
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna daun pandan
  • 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
  • Kelapa parut
 
Cara-cara membuatnya adalah:

  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna hijau. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut mula timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.




Selamat mencuba!
 

No comments:

Post a Comment