Kisah Ketam & Kodok
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut. Kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kuku ku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah...kah...kah...kih...kih...kih...kih...!! Kodok...Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketuk kepada Ketam kuat-kuat. "Kelekuk!".
Kepala Ketam kehancuran kerana kena ketok.
Ketam kata, "Kodok..Kodok... kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan."
Kesian ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena ketok.
Be Continued...
No comments:
Post a Comment