Tuesday, 27 May 2014

Lirik Lagu: Memori Tercipta

Shila Amzah- Memori Tercipta

Bergetar jiwa dipersada bercahaya,
Pertemuan harapan pertama kalinya,
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi,
Sukar dipercaya pintunya terbuka..

Di sini jua memori tercipta,
Walau seketika terjalin kasih kita,
Mungkin di sini kita kan terpisah,
Kenangan bersama tiada ku lupa...

Mengalun suara sesuri bisikan hati,
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi,
Tiada pun terduga pintunya terbuka...

Di sini jua memori tercipta,
Walau seketika terjalin kasih kita,
Mungkin di sini kita kan terpisah,
Kenangan bersama tiada ku lupa..

Yang terpahit jua termanis,
Semuanya bagiku terindah,
Ku ingati buat selama-lamanya.....

Di sini jua memori tercipta,
Walau seketika terjalin kasih kita,
Mungkin di sini kita kan terpisah,
Kenangan bersama tiada ku lupa...

Mungkin di sini kita kan terpisah,

Kenangan bersama...,
Kenangan bersama...,
Kenangan bersama........

Mungkin di sini kita kan terpisah,

Kenangan bersama tiada ku lupa..

Memori Tercipta> Download Mp3

Friday, 23 May 2014

8 Jenis Personaliti Diri Mengikut Tarikh Lahir


  • Januari 01-09 > Anjing

  • Januari 10-24 > Tikus

  • Januari 25-31 > Singa

  • Februari 01-05 > Kucing

  • Februari 06-14 > Merpati

  • Februari 15-21 > Kura-kura

  • Februari 22-28 > Harimau Bintang

  • Mac 01-12 > Monyet

  • Mac 13-15 > Singa

  • Mac 16-23 > Tikus

  • Mac 24-31 > Kucing

  • April 01-03 > Anjing

  • April 04-14 > Harimau Bintang

  • April 15-26 > Tikus

  • April 27-30 > Kura-kura

  • Mei 01-13 > Monyet

  • Mei 14-21 > Merpati

  • Mei 22-31 > Singa

  • Jun 01-03 > Tikus

  • Jun 04-14 > Kura-kura

  • Jun 15-20 > Anjing

  • Jun 21-24 > Monyet

  • Jun 25-30 > Kucing

  • Julai 01-09 > Tikus

  • Julai 10-15 > Anjing

  • Julai 16-26 > Merpati

  • Julai 27-31 > Kucing

  • Ogos 01-15 > Monyet

  • Ogos 16-25 > Tikus

  • Ogos 26-31 > Kura-kura

  • September 01-14 > Merpati

  • September 15-27 > Kucing

  • September 28-30 > Anjing

  • Oktober 01-15 > Monyet

  • Oktober 16-27 > Kura-kura

  • Oktober 28-31 > Harimau Bintang

  • November 01-16 > Singa

  • November 17-30 > Kucing

  • Disember 01-16 > Anjing

  • Disember 17-25 > Monyet

  • Disember 26-31 > Merpati


Huraian:


Anjing
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetiaan kamu memang tidak boleh disangkal lagi. Kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu. Malahan di dalam kerjaya kamu memang seorang yang boleh dipercayai. Kamu adalah seorang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan jenis seorang yang akan mencari masalah dan suka akan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman kamu suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik tetapi, kamu akan mudah berasa malu dan sedih sekiranya almari pakaian kamu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun tidak mempunyai teman yang ramai tetapi, teman-teman yang bersama-sama dengan kamu sememangnya mempunyai kualiti yang baik.

Tikus
Kamu ini memang penuh dengan muslihat. Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekeliling kamu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai akan kehadiran kamu. Tetapi, kamu seorang yang agak sensitif orangnya dan itu menjadikan orang disekeliling kamu untuk berhati-hati apabila berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar dengan kamu sememangnya, mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum. Oleh demikian, kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa
Begitu kontra dengan spesies kamu. Rupanya kamu ini seorang yang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dalam sebarang pertengkaran atau bentuk pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tanpa arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi oleh orang lain. Namun, kamu seorang yang mudah dipermainkan oleh orang lain. Jadi berhati-hati!


Kucing
Kamu memang penyayang dan disayangi. Namun, begitu kamu seorang yang agak pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu gemar mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi biasa kamu memang nampak tenang tetapi, apabila kamu dicabar serta merta kamu akan mudah mengamuk. Mereka yang bernaung di bawah kucing memang bijak dalam bergaya. Orang di sekeliling kamu sering menjadikan kamu sebagai idola mereka di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi, kamu hanya akan bercakap dengan orang yang kamu kenali sahaja. Kamu memang seorang yang begitu berhati-hati dalam memilih teman.

Kura-kura
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan kamu seorang yang baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang oleh orang di sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian. Sekiranya ada teman-teman kamu yang menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba untuk menyakitkan hati mereka. Oleh sebab itu, kamu memang disayangi dan disenangi oleh teman-teman kamu. Kamu tidak suka bercakap belakang dan orang di sekeliling kamu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa memberikan kasih sayang tetapi, tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati
Simbol sikap kamu adalah sentiasa riang. Apa sahaja yang kamu lakukan, kamu akan berasa senang dengannya. Kehadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang di sekeliling kamu begitu seronok dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan dan bijak dari segi memujuk serta pandai menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini sememangnya kamu akan tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang seorang yang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kerana kamu mudah jatuh cinta.

Harimau Bintang
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dalam keadaan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran kamu tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala kamu ini jenis kejam orangnya. Kamu suka bergosip tetapi, hanya apabila bersama-sama dengan teman-teman yang kamu boleh percayai saja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah seorang yang begitu teratur dan kemas orangnya. Kamu adalah seorang yang suka dan mahu sesuatu benda itu mengikut dengan cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang kehilangan teman. Namun, apabila teman-teman kamu menghadapi masalah, kamu adalah orang yang pertama akan mereka cari.

Monyet
Tidak sabar dan begitu hiperaktif. Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, dalam realiti kamu sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai orang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak apabila berhadapan dengan masalah tetapi, tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan bertindak secara berfikir dulu sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelamat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak dalam mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Wednesday, 21 May 2014

14 Signs of Your Soulmate

1. You argue and fight wit them but, still can't get them out of your mind.

2. When you're on the phone with them late at night and they hang up but, you miss them already when it was just 5 minutes ago.

3. You read their texts over and over again.

4. You walk really slow when you're with them.

5. You feel shy whenever you're with them.

6. When you think about them, your heart beats faster and faster.

7. You smile when you hear their voice.

8. When you look at them, you can't see the other people around you. All you see is him/her.

9. You start listening to slow songs, while thinking of them.

10. They become all you think about.

11. You get high just from their scent and closeness.

12. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them.

13. You would do anything for them.

14. While reading this, there was one person on your mind the whole time. 

#sorry4mybadenglish

Wednesday, 7 May 2014

Cara Nak Letak ''Music Player'' Dalam Blog Anda

Salam buat semua pembaca di luar sana. Hari ini aku akan ajar korang bagaimana cara nak letak music player dalam blog milik korang tu. Caranya mudah sangat dan, seperti biasa aku akan ajar korang langkah demi langkah.

Sebagai contoh, music player yang aku tengah gunakan untuk blog aku yang sekarang ini. Tapi kalau korang nak cari yang lain dari yang lain pun boleh. Terpulang pada diri sendiri. Banyak je dekat internet. Cuma kena pandai mencari.

Toturial pun bermula..

Step 1
Buka blog korang macam biasa korang selalu korang nak buka blog. Kena isi email, password dan enter.

Step 2
Pergi pada layout blog korang dah klik dekat layout tu.

Step 3
Pilih mana-mana kotak yang masih kosong yang korang rasa-rasa korang nak letakkan music player itu nanti. Kalau dah pilih, bagus! Klik dekat perkataan add to gadget tu, dan cari perkataan HTML/JavaScript dan klik akan ia. Tapi untuk contoh yang aku punya ini kena pilih sama ada nak letak dekat atas(top) atau bawah(bottom).

Step 4
Korang kena buka new tab. Dekat new tab itu nanti korang masukkan alamat music player ini, http://www.wikplayer.com/

Step 5
Dekat situ terdapat empat jenis langkah-langkah yang perlu korang ikut. Kiranya korang bolehlah letak apa-apa jenis lagu yang korang nak letak ke dalam blog korang itu nanti. Dia ada,

  • Step 1: Mode (pilih Create New Playlist punya sebabnya korang baru nak buat benda alah ni.)
  • Step 2: Choose Skin
  • Step 3: Edit Playlist
  • Step 4: Configure Setting

#Jangan lupa, kena klik Done untuk dapatkan kod html tu.

Step 6
Copy paste kod html tu ke dalam blog korang.

Step 7
Klik Save, klik Save Arrangement dan klik view blog untuk lihat hasilnya.

Step 8
Done!

Saturday, 3 May 2014

Tentang Disleksia

Apa itu Disleksia?
Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'DYN' bermaksud susah dan 'LEXIA' bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit tetapi, merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Walaubagaimana pun mereka-mereka ini sebenarnya masih mempunyai daya pemikiran yang normal.

Selain itu, mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia ini juga mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang dan ada yang sukar untuk mempelajari turutan seperti sifir. Perlu diketahui bahawa mereka-mereka yang mempunyai masalah Disklesia ini tidak semuanya mempunyai masalah yang serupa dengan orang lain yang mempunyai masalah Dikleksia juga.

Antara punca Disleksia adalah;
Dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap Disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca Disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap Disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Antara ciri-ciri bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah Diskleksia adalah;
  1. Lambat bertutur.
  2. Mengalami kesukaran sebutan atau rima.
  3. Sukar menulis nama sendiri.
  4. Sukar mengenal bentuk atau warna.
  5. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.
Kesan daripada pandangan buruk masyarakat luar, terhadap mereka-mereka yang mengalami masalah Diksleksia adalah;
  1. Disalah sangka dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab.
  2. Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri.
  3. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan.
  4. Masalah tingkahlaku seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku.
  5. Rendah pencapaian akademik.
Adakah mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia ini mempunyai keistimewaan?
Jawapanya adalah YA. Setiap individu yang dilahirkan itu mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia ini juga mempunyai keistimewaan dan kemahiran mereka tersendiri. 

Antara individu ternama yang mepunyai masalah Disleksia adalah;
  1. Ahli politik- Lee Kuan Yew
  2. Pelakon- Whoopi Goldberg
  3. Artis- Leonardo da Vinci
  4. Saintis- Albert Einstein
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah Disleksia adalah;

     1.   Mempertingkatkan potensi pembelajaran mereka melalui;
  • Terapi pertuturan.
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer.
  • Pendekatan pelbagai deria. Contoh, deria sentuhan. Menggunakan lakaran atas kertas pasir. Deria pendengaran, menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf.
  • Merasa pergerakan bibir.
  • Menulis huruf atau perkataan.  
     2.  Membantu dari segi membina semula keyakinan ke dalam diri mereka.

     3.  Penyakit Disleksia ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. 
          Penghidap Disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk 
          meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

Antara langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil adalah;
  1. Membantu anak Disleksia menguasai maklumat secara beransur ansur.
  2. Pengulangan semasa mengajar.
  3. Gunakan video atau kaset untuk belajar.
  4. Atau, menghantar mereka ke program pemulihan khusus.

Menghembus Nafas ke Dalam Air Minuman

Kenapa kita dicegah dari meminum air yang telah dihembus nafas ke dalamnya?

Antara sebabnya adalah;

  • Menurut kajian sains, apabila kita menghembuskan nafas, hidung kita akan membebaskan karbon dioksida, CO2. Air pula adalah H2O. Jadi jika kita bernafas ketika minum/ menghembuskas nafas ke dalam air minuman kita maka, CO2+H2O akan bertukar menjadi H2CO3 iaitu cuka!! Ini bermaksud air minuman kita yang tadi itu telah bertukar menjadi bersifat asid. Siapa yang nak minum asid?
  • Jangan meniup air minuman yang panas, sebabnya sama seperti di atas. Sebaliknya minum dengan cara seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Cara Hilangkan Kesan Lekit di Tangan

Ambil contoh, buah nangka.
Umumnya tahu bahawa buah nangka sememangnya ada getah yang bila kita pegang ada rasa macam melekit-lekit tu kan. Ha, yang itulah.

Sebenarnya mungkin ada banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan untuk membantu menghilangkan rasa lekit di tangan terutama, selepas kita membelah dan mengopak buah nangka.

Cara untuk menghilangkan rasa lekit di tangan;
  1. Selepas sudah habis kerja-kerja mengopak buah nangka, basuh tangan dan kemudian ambil lotion badan yang korang punya sendirian berhad tu, letak sikit dekat tapak tangan korang dan gosok-gosok sampai hilang rasa lekit tu. Senang cerita pakai macam biasa korang pakai lotion dekat tangan korang yang sebelum-sebelum ni. Tak akan tak pernah pakai.?
Cara untuk memudahkan membelah buah nangka:
  1. Sebelum korang belah buah nangka, korang sapukan minyak masak pada bilah pisau yang akan korang gunakan untuk belah buah nangka tersebut. Tujuannya supaya dapat mengurangkan rasa lekit pada pisau korang akibat terkena getah buah nangka yang melekat pada pisau korang tu. Selain itu, membantu melancarkan lagi proses untuk membelah buah nangka.
Petua untuk elakkan warna buah nangka menjadi cepat buruk.
  1. Kalau boleh jangan basuh buah nangka selepas kerja-kerja mengopak. Kerana dikhuatiri boleh menyebabkan warna buah nangka menjadi cepat buruk. Hanya basuh buah nangka sebelum kita nak makan saja.