Kamu tentu penat belajar dan melakukan banyak aktiviti setiap hari. Untuk merehatkan minda kamu boleh lakukan perkara di bawah.
1. Memandang kawasan berwarna hijau yang luas terbentang, contohnya seperti padang. Selain itu, kamu juga boleh memandang gambar pemandangan laut yang biru dan indah.
2. Mendengar irama muzik yang lembut dan dapat merehatkan minda.
3. Bersiar-siar di tempat yang kamu suka seperti taman bunga, padang permainan dan lain-lain.
4. Tidur dengan cukup, lebih kurang lapan jam. Sewaktu tidur, otak kamu boleh berehat.
5. Berbual dengan rakan-rakan dan menceritakan saat-saat yang menggembirakan hingga menyebabkan kamu boleh tersenyum riang.
6. Membaca bahan-bahan bacaan yang ringkas. Selain dapat menambah ilmu, kamu juga boleh membentuk keyakinan diri.
7. Menonton cerita-cerita kelakar dan mempunyai pengajaran seperti Seniman Bujang Lapok dan lain-lain lagi.
Selamat Mencuba!
Monday, 31 December 2018
Thursday, 8 November 2018
Game: Bagaimana Cara Kamu Belajar
Lain manusia lain ragamnya. Masing-masing ada cara tersendiri ketika belajar. Ada yang suka suasana bising, senyap dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kamu? Kamu masih tidak tahu bagaimana cara kamu belajar yang sebenarnya? Yang kamu tahu adalah apabila kamu membaca buku, itulah waktu kamu belajar. Cuba jawab soalan daripada kuiz ini untuk mengetahui cara kamu belajar. Jom!!
1. Kamu suka suasana belajar yang bagaimana?
a) Di perpustakaan sekolah
b) Di rumah sambil diiringi muzik yang santai
c) Di hadapan televisyen
2. Kamu akan menghadapi peperiksaan penting tetapi rakan kamu mengajak kamu keluar. Kamu..
a) Keluar dengannya dan membawa nota ringkas sekali. Jika ada masa terluang kamu akan membacanya.
b) Menolaknya dengan baik. Kamu perlukan masa untuk bersendirian dengan mengulang kaji pelajaran.
c) Keluar sahaja dengannya kerana kamu telah pun mengulang kaji pelajaran kamu sebelum ini.
3. Berapa kerap kamu membuat kerja rumah atau latihan?
a) Ketika waktu bersekolah sahaja.
b) Tidak selalu.
c) Setiap malam di rumah dan waktu cuti sekolah.
4. Guru kamu selalu berkata, kamu seorang yang..
a) Sentiasa bersedia ketika kamu berada di dalam kelas.
b) Sentiasa manis mukut bertanya kepada senior jika ada sebarang masalah dalam pelajaran.
c) Jarang memberi tumpuan pada pelajaran kamu.
5. Matlamat kamu ketika datang ke sekolah adalah..
a) Kamu bekerja keras dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
b) Bermain dan belajar, supaya ia seimbang.
c) Sekolah amat membosankan!
6. Apa perasaan kamu ketika mendapat kerja rumah daripada guru kamu?
a) Kamu terus demam sebab malas nak buat kerja rumah.
b) Tanya kepada guru kamu, cara yang mudah untuk membuat kerja rumah kamu.
c) Seronok kerana kamu boleh mengulang kaji apa-apa yang kamu pelajari.
7. Bila kamu mula belajar untuk menghadapi peperiksaan?
a) Sehari sebelum peperiksaan.
b) Kamu sentiasa belajar pada setiap malam untuk menghadapi peperiksaan.
c) 3 bulan sebelum peperiksaan berlangsung.
Jawapan...
Jika jawapan kamu banyak A
Kamu sememangnya menjadi kebanggaan ibu dan bapa kamu. Kamu seorang yang pentingkan pelajaran. Dalam fikiran kamu hanya belajar, belajar dan belajar. Pujian yang sering kamu dapat daripada guru kamu membangkitkan semangat kamu untuk terus cemerlang. Hati-hati ya, tak salah jika kamu mementingkan pelajaran. Sesekali kamu perlu bersukan supaya ia nampak lebih seimbang. Jika kamu terlalu memaksa diri kamu untuk terus belajar, tubuh badan kamu akan letih dan boleh mendatangkan kesan lain.
Jika jawapan kamu banyak B
Kamu bijak membahagikan masa antara belajar dan bermain. Kamu mengambil masa yang secukupnya untuk kamu bersukan, menonton televisyen dan sebagainya. Di sekolah, kamu cukup aktif dalam persatuan dan sentiasa menjadi ketua. Kamu sentiasa membuat jadual belajar dan tidak pernah mengabaikan jadual tersebut. Jika kamu pandai seimbangkan pelajaran dan aktiviti luar, tidak mustahil kamu boleh berjaya suatu hari nanti.
Jika jawapan kamu banyak C
Pada kamu belajar itu satu perkara yang cukup membosankan. Kamu lebih suka bermain daripada belajar. Nama kamu sentiasa tersenarai dalam atlit sekolah pilihan. Tetapi kamu malas belajar. Kamu tidak boleh terus bersikap begini, pelajaran itu amat penting untuk masa depan kamu. Jika kamu sememangnya bercita-cita utnuk memiliki sebuah rumah dan kereta besar, kamu perlu belajar daripada sekarang.

Tuesday, 16 October 2018
Cara Duduk pun Ada Maksudnya yang Tersendiri
Sedar atau tidak yang sebenarnya kamu mempunyai cara duduk yang tersendiri. Ini dapat dilihat terutama ketika kamu sedang menonton televisyen. Gaya duduk juga dapat menggambarkan personaliti diri kamu yang sebenar. Jom baca rahsia yang tersirat di sebalik cara duduk kamu itu.
Duduk Bersimpuh
Gaya duduk kamu ini menggambarkan kamu seorang yang bersopan santun dan berhati mulia. Kamu seorang anak yang menghormati ibu bapa dan amat disenangi oleh rakan-rakan. Cayalah!
Duduk Bersila
Gaya duduk kamu ini menunjukkan kamu seorang yang amat teliti dan berhati-hati. Sebelum melakukan sesuatu perkara, kamu akan berfikir terlebih dahulu. Tetapi kadang-kala kamu ini jenis yang terlalu cerewet dalam membuat sesuatu keputusan. Hah, macam mana pula tu?
Duduk Sambil Menongkat Dagu
Kamu suka menangguhkan kerja. Sikap kamu yang suka melengah-lengahkan masa akan membuatkan masalah kamu menjadi semakin bertambah. Kamu juga suka mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap. Eh, betul ke ni?
Duduk Beralaskan Bantal
Kamu digambarkan sebagai seorang yang garang dan tegas. Kamu merasakan apa-apa saja yang kamu katakan semuanya betul. Ramai rakan yang kurang senang dengan sikap kamu ini. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya bijak dalam bab menguruskan masa dan kewangan kamu. Oklah tu!
Duduk Mengiring Sambil Tangan Menongkat ke Lantai
Gaya kamu ini melambangkan kamu seorang yang peramah dan mudah didekati. Patutlah kamu mempunyai ramai kawan. Tetapi kamu juga harus bijak dalam mengawal sikap kamu yang suka bercerita dan banyak bercakap itu kerana, bimbang ada rakan-rakan yang akan bosan mendengarnya nanti.
Memeluk Bantal Atau Anak Patung
Kamu ini seorang yang manja dan penyayang. Kamu juga seorang yang sensitif dan mudah memberikan pertolongan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Kamu mempunyai pemikiran yang kreatif tetapi ada kalanya kamu gemar berangan-angan.
Duduk Sambil Bersandar ke Dinding
Gaya duduk kamu ini menggambarkan yang kamu selalu saja ingin hidup bebas. Kamu lebih mementingkan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Kamu sebenarnya ingin belajar berdikari tetapi awas, sikap kamu ini akan membuatkan ramai rakan kamu kurang minat untuk mendekati kamu. Janganlah macam ini!
Duduk Sambil Melunjurkan Kaki
Kamu digambarkan sebagai seorang yang pandai berdikari. Kamu juga didapati tidak cerewet dan bijak dalam membuat keputusan. Sikap terbuka kamu itu juga membuatkan ramai rakan-rakan mudah untuk berkongsi masalah peribadi mereka dengan kamu. Baguslah tu. Teruskan!
Duduk Sambil Tangan Memeluk Lipatan Kaki
Gaya duduk kamu saja sudah melambangkan sikap tidak elok yang ada pada kamu. Kamu mudah marah dan selalu boros apabila berbelanja. Kamu juga didapati sering mengabaikan hal kebersihan diri sendiri. Janganlah macam ni, kamu sebenarnya mempunyai kelebihan diri yang sangat istimewa. Berusahalah untuk berubah ya!
Duduk Sambil Bergoyang Kaki
Kamu yang duduk dengan gaya sebegini sememangnya seorang yang tidak mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Kamu selalu saja ingin bergantung kepada rakan-rakan kamu yang lain sekiranya mempunyai masalah. Kamu juga seorang yang pelupa dan sering suka menyendiri. Walaupun begitu kamu sebenarnya seorang yang ringan tulang dan bersemangat tinggi. Apa kata kamu cuba tanamkan sedikit keyakinan pada diri kamu itu untuk berubah. Mesti bolehkan!

Thursday, 27 September 2018
Kenapa Dengan Rambut Saya Ni??
Masalah Keguguran Rambut
Assalamualaikum.
Tahukah kamu bahawa setiap orang memiliki antara 80,000 hingga 150,000 helai rambut dan setiap helai rambut akan melalui tiga fasa ni sepanjang jangka hayatnya. Iaitu pertumbuhan rambut baru (anagen, antara satu hingga lima tahun), rehat (telegon, selama beberapa bulan) dan rambut gugur (katagen).
Sewaktu kecil dulu, ibu selalu mengingatkan kita supaya jangan mengambil makanan yang terlalu masin. Kerana garam yang berlebihan boleh menyebabkan rambut gugur. Wakaupun tanggapan seperti ini boleh dianggap sebagai kuno namun, sehingga sekarang masih ada lagi ibu-ibu muda yang rajin menegur atau melarang sama sekali anak-anak kecil mereka daripada mengambil makanan snek atau keropok kentang yang bersalut garam. Hal ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan keguguran rambut.
Sejauh mana kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Tetapi kebanyakkan daripada mereka mempercayai kata-kata ini. Walaupun pada zaman sekarang keguguran rambut diketahui boleh berpunca daripada banyak faktor lain yang tidak pernah kita sangkakan.
Kira-kira 90% daripada rambut pada kulit kepala kita tumbuh pada setiap hari. Fasa pertumbuhan ini berlaku antara dua dan enam tahun. 10% daripada rambut berada dalam kadaan fasa rehat selama dua hingga tiga bulan. Manakala pada akhir fasa ini, rambut akan gugur.
Apabila rambut gugur, rambut baru akan tumbuh daripada folikel yang sama untuk menggantikannya dan memulakan semula kitaran pertumbuhan. Rambut pada kulit kepala tumbuh kira-kira setengah inci sebulan. Apabila usia kita meningkat, kadar pertumbuhan rambut kita akan menjadi semakin perlahan.
Dalam keadaan biasa, keguguran rambut adalah disebabkan oleh kitaran semula jadi rambut dan kehilangan antara 50 hingga 100 helai rambut sehari tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan. Dalam keadaan normal, rambut akan gugur dan lama-kelamaan pertumbuhannya menjadi semakin perlahan.
Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan keguguran rambut secara berlebihan? Berikut adalah antara faktor-faktornya:
Rawatan serta Penjagaan Rambut yang Betul
Cara yang senang untuk penjagaan rambut kamu adalah;
Konklusi, untuk membolehkan kita mengawal atau menguruskan keguguran rambut, terlebih dahulu kita perlu tahu cara rambut tumbuh sebelum mengenal pasti punca dan mencari cara untuk merawatnya. Contoh, kamu mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan kamu tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien.
Rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang boleh didapati dalam kekacang, buah-buahan, tomato, dan susu. Kerosakkan rambut yang drastik ini juga boleh berlaku jika kamu mempunyai gangguan daripada corak pemakanan kamu sendiri, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat! Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa kamu berasa sihat dan yakin dengan diri sendiri. Sekian.

- Genetik
- Faktor-faktor Pemakanan
- Kesilapan/Kurangnya Ilmu Penjagaan Rambut yang Betul
Rawatan serta Penjagaan Rambut yang Betul
Cara yang senang untuk penjagaan rambut kamu adalah;
- Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut kamu.
- Urut dengan lembut apabila memcuci rambut kamu, jangan menggosoknya terlalu kuat/kasar.
- Jagalah rambut kamu dengan baik. Jangan mengeritingkan, meluruskan atau mewarnakan rambut kamu terlalu kerap.
- Jagalah rambut kamu daripada terlalu banyak terdedah kepada sinaran matahari atau air klorin.
- Makan makanan yang sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
- Jika kamu mengalami masalah seperti keguguran rambut yang kronik, pergilah berjumpa dengan doktor untuk merawatinya.
Konklusi, untuk membolehkan kita mengawal atau menguruskan keguguran rambut, terlebih dahulu kita perlu tahu cara rambut tumbuh sebelum mengenal pasti punca dan mencari cara untuk merawatnya. Contoh, kamu mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan kamu tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien.
Rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang boleh didapati dalam kekacang, buah-buahan, tomato, dan susu. Kerosakkan rambut yang drastik ini juga boleh berlaku jika kamu mempunyai gangguan daripada corak pemakanan kamu sendiri, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat! Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa kamu berasa sihat dan yakin dengan diri sendiri. Sekian.
Saturday, 4 August 2018
10 Kunci Persahabatan yang Baik
Assalamualaikum.
Hubungan persahabatan amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Kamu tentu seronok jika ada ramai kawan. Hubungan yang terjalin perlu dijaga dengan baik dan yang penting kamu perlu pandai memilih sahabat.
Antara 10 kunci persahabatan yang baik adalah:
1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti kamu supaya hubungan yang terjalin lebih mesra. Tetapi jangan pula mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan kamu. Mungkin minatnya dan minat kamu boleh dikongsi bersama. Bersikap terbuka tentunya lebih baik.
2. Ingat pada satu prinsip iaitu homati dan berbuat baik kepada orang lain. Kamu juga tentu suka jika orang lain berbuat baik kepada kamu. Perkara yang baik selalunya akan dibalas juga dengan kebaikan. Jadi sekiranya kamu menghormati orang lain, tentu mereka juga akan menghormati dan berbuat baik kepada kamu.
3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini. Setiap orang mempunyai kekurangan dan kelemahan dalam diri. Kamu harus menerima kekurangan yang ada antara satu sama lain kerana ia kunci dan permulaan persahabatan yang baik.
4. Hargai pendapat antara satu sama lain. Kamu perlu menerima pendapat dan kritikan daripada orang lain. Jangan pentingkan diri. Lebih banyak pendapat dan kritikan yang membina, lebih baik keputusan yang kamu akan capai.
5. Kamu perlu ingat, walaupun kamu berkawan rapat, tidak semestinya kamu dan rakan kamu sentiasa bersama. Hal ini berlaku kerana semua orang mempunyai tanggungjawab yang lain. Oleh itu, jangan terasa hati jika sahabat baik kamu tidak bersama kamu. Jika kamu bersama pula, isi masa yang ada dengan perkara yang berfaedah dan menggembirakan.
6. Komunikasi sangat penting dalam sesuatu hubungan persahabatan. Kawan kamu tidak boleh membaca fikiran kamu. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan kamu berdua, segera maklumkan kepadanya. Jangan simpan di dalam hati. Takut persahabatan yang terjalin, terlerai tanpa sebab yang kukuh.
7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan kamu. Kawan yang baik akan membenarkan dan menerima apabila kamu meluahkan perasaan kepadanya. Tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan, kamu juga perlu menjadi pendengar yang setia kepada mereka apabila diperlukan.
8. Belajar daripada satu sama lain. Kamu dan kawan kamu masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jadi belajar antara satu sama lain perkara-perkara yang boleh membuatkan kamu berdua berjaya dalam hidup. Buangkan segala sikap negatif dalam diri. Pupuk sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu. Semuanya untuk kesenangan kamu berdua.
9. Jangan mengata di belakang kawan kamu. Ini yang paling penting. Apabila sesuatu persahabatan itu sudah terjalin, tentunya kamu berdua akan saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali memburukkan kawan kamu kepada orang lain. Simpan sendiri buruk baik yang ada pada kawan kamu. Itulah namanya kawan yang sejati.
10. Jaga tutur kata dengan baik. Kamu perlu menjaga hati kawan kamu. Jangan sesekali bercakap perkara yang tidak disukai dan menyinggung hatinya. Bukan senang untuk mempunyai kawan yang baik. Takut jika kamu kehilangannya, kamu akan menyesal nanti.

Wednesday, 11 July 2018
Senggugut
Assalamualaikum. Topik yang akan dibahaskan pada hari ini adalah berkaitan dengan senggugut.
Apa Itu Senggugut?
Senggugut atau dalam istilah saintifiknya ialah 'Premenstrual dysphpric disorder Idysmenorhoea'. Ia biasa dialami oleh seorang wanita apabila datang haid. Senggugut dibahagikan kepada 2 iaitu,
i) Senggugut Utama
ii) Senggugut Kedua
i) Senggugut Utama
Disebabkan penghasilan 'hormone prostaglandin' daripada tubuh badan yang menyebabkan rahim akan mengecut secara luar biasa dengan kuat. Keadaan ini biasanya akan berlaku pada wanita atau remaja yang belum berkahwin. Senggugut ini biasanya akan menyerang pada hari pertama dan hari kedua kedatangan haid.
ii) Senggugut Kedua
Disebabkan oleh wujudnya sel 'endometrium' di luar rahim atau lebih dikenali dengan nama 'endometriosis'. Keadaan ini boleh membawa kepada pendarahan dalam perut. Jangkitan ini akan menyebabkan senggugut pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
Bagaimana Senggugut Boleh Berlaku
Senggugut boleh berlaku disebabkan oleh kuncupan rahim yang cukup kuat untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput 'endometrium'. Darah haid biasanya akan keluar menerusi saluran pangkal rahim dan bagi gadis remaja saluran pangkal rahim masih ketat dan sempit. Kuncupan rahim ini akan mengeluarkan sejenis hormon disebut 'prostaglandin'. Disebabkan saluran kamu sempit inilah yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat kerana darah haid tidak lancar ketika melalui saluran ini.
Kesakitan yang dialami setiap wanita yang datang haid pun berbeza. Ada yang mungkin akan sakit dalam masa sehari sahaja dan ada pula yang akan mengalaminya setiap hari semasa kedatangan haid.
Apa yang Perlu Kamu Lakukan Jika Senggugut?
1. Kamu perlu mengasingkan diri kamu daripada orang lain. Bukan bermaksud mengasingkan diri untuk selama-lamanya tetapi tenangkan diri kamu ketika datang senggugut. Untuk pengetahuan sewaktu kamu mengalami senggugut, emosi kamu tidak stabil. Kerana itu, kamu boleh marah, tanpa sebab. Pantang silap sikit kamu sudah mula melenting padahal perkara yang terjadi itu kecil sahaja. Kamu akan cepat berasa letih, sakit kepala, susah untuk tidur dan sebagainya.
2. Jika kamu tidak tahan dengan senggugut tersebut kamu bolehlah memakan ubat tahan sakit seperti panadol, aspirin, ponstan dan lain-lain. Tetapi jika keadaan kamu menjadi lebih teruk lagi, kamu perlulah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.
3. Banyakkan minum air suam kerana ia boleh melancarkan lagi pengaliran darah. Ia juga boleh membantu kamu mengurangkan kesakitan.
4. Ambil vitamin dan makanan tambahan seperti vitamin B6, vitamin E, kalsium dan magnesium.
5. Kamu perlu bersedia dengan jerawat yang bakal bertandang ke wajah kamu. Ini disebabkan pertukaran hormon di dalam badan kamu. Bukan setakat jerawat, kamu juga akan mula rasa sakit-sakit pinggang, payudara kamu membengkak, sering buang air kecil dan pelbagai lagi tanda-tanda, yang bakal kamu lalui.
Konklusi di sini adalah kamu perlu tahu bahawa kedatangan haid bukanlah satu penyakit yang berbahaya. Ia merupakan satu perubahan fisiologi tubuh yang menunjukkan badan kamu berfungsi dengan baik. Kamu tidak perlu memerapkan diri di bilik sahaja. Kamu boleh buat apa-apa sahaja yang kamu suka seperti biasa.
Selain itu, kamu perlu terus bersenam kerana ia boleh membantu kamu untuk meningkatkan lagi kecergasan diri dalam tempoh kedatangan haid. Kamu perlu menggantikan zat besi yang hilang melalui darah haid setiap bulan dengan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi seperti ikan, daging, kerang dan sayur-sayuran yang hijau. Contohnya, sayur brokoli, sayur bayam dan lain-lain.

Sunday, 13 May 2018
Sayangilah Mata Kita!
8 Cara Untuk Memelihara Mata
1. Buat senaman mata setiap hari dengan menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri bagi memastikan mata sentiasa segar dan cergas.
2. Mata mempunyai cara pembersihan semula jadi. Pergerakkan kelopak mata dan air mata dapat membantu membersihkan mata.
3. Walaubagaimanapun, habuk dan benda asing yang masuk ke dalam mata perlu dibersihkan dengan air. Elakkan daripada menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih.
4. Makan makanan yang berkhasiat khususnya makanan yang kaya dengan vitamin A untuk melancarkan pigmen penglihatan.
5. Pastikan mendapat sumber cahaya yang mencukupi untuk membaca. Cahaya yang tidak cukup terang boleh menyebabkan mata kamu rosak. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 cm dari bahan bacaan.
6. Elakkan daripada memandang cahaya matahari secara terus. Serta bermain alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata.
7. Dapatkan pemeriksaan atau rawatan dari pakar mata secepat yang mungkin sekiranya mata tercedera atau penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba.
8. Pastikan mendapat kualiti tidur yang mencukupi supaya tidak mempunyai masalah dengan mata seperti bengkak ataupun lebam di bawah mata.
Saturday, 3 March 2018
Resepi: Chocolate Coconut Brownies
Ingredients (Makes 16 servings)
100g Semisweet Chocolate
100g Semisweet Chocolate
170g (3/4 cup) Butter
1g (1 tsp) Instant Coffee Powder
200g (1 cup) Sugar
3 Eggs
5g (1 tsp) Vanilla Extract
8g (1 tbsp) Dark Cocoa Powder
2g (1/2 tsp) Salt
95g (3/4 cup) Flour
For Coconut Filling
340g Sweetened Condensed Milk
200g (2 1/2 cups) Unsweetened Coconut Flakes
For Chocolate Ganache
100g (1/2 cup) Whipping Cream
120g Semisweet Chocolate
Directions
1. Preheat oven to 350F (180C). Butter the sides and bottom of an 8x8 inch (20x20cm) or 9x9 inch (23x23cm) baking pan. Line the pan with parchment paper.
2. Melt the chocolate and butter in a medium bowl, over a bain-marie, stirring occasionally, until smooth. Remove the pan from heat but keep the bowl over the water. Add instant coffee, stir in the sugar, then remove the bowl from the pan. Cool slightly.
3. Incorporate the eggs one at a time into the mixture and whisk until well combined. Stir in the vanilla extract then add the flour, salt, cocoa powder and stir well.
4. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 30 minutes until a toothpick inserted in the center comes out with a few moist crumbs sticking to it.
5. Let the brownies cool completely.
6. In a bowl combine sweetened condensed milk and coconut flakes. Spread evenly on top of the brownies.
7. Prepare the chocolate ganache, eat the cream in a small saucepan. When the cream just begins to boil at the edges, remove from heat and pour over the chopped chocolate. Let sit one minute, then stir until smooth. Spread it evenly and refrigerate for at least 1 hour before serving.
8. Cut into squares and serve.

Wednesday, 28 February 2018
Modern Farmer
Hi guys, it's already been almost 2 years since I don't update
anything on my own blog page. So here, I want to share a new drama
series that I just watch before. Enjoy~ ~
Modern Farmer or in Hangul: Modeonpameo, is a 2014 South Korean television series starring Lee Hong-Gi, Park Min-Woo, Lee Si-eon, Kwak Dong-Yeon and Lee Ha-Nui.
It aired on SBS from October 18 to December 21, 2014, on Saturdays and Sundays at 20:45pm for 20 episodes.
Member of rock band Excellent Souls (ExSo) decide to give up their life in Seoul and move to a small town in the countryside to farm the land that Lee Min-Ki's grandmother left to him upon her death.
The band consists of Lee Min-Ki(Lee Hong-Gi), Kang Hyuk(Park Min-Woo), Yoo Han-Chul(Lee Shi Un), and Han Ki Joon(Kwak Dong-Yun). When Min-Kin gets there he learns that the village leader is his first love, Kang Yoon-Hee. And what will happen next?
There, the drama series follows their dreams, loves and friendships drama.
Don't forget to watch!
Modern Farmer or in Hangul: Modeonpameo, is a 2014 South Korean television series starring Lee Hong-Gi, Park Min-Woo, Lee Si-eon, Kwak Dong-Yeon and Lee Ha-Nui.
It aired on SBS from October 18 to December 21, 2014, on Saturdays and Sundays at 20:45pm for 20 episodes.
Synopsis
The band consists of Lee Min-Ki(Lee Hong-Gi), Kang Hyuk(Park Min-Woo), Yoo Han-Chul(Lee Shi Un), and Han Ki Joon(Kwak Dong-Yun). When Min-Kin gets there he learns that the village leader is his first love, Kang Yoon-Hee. And what will happen next?
There, the drama series follows their dreams, loves and friendships drama.
Don't forget to watch!
Subscribe to:
Posts (Atom)