Tuesday, 16 April 2019

Game: Kamu 'Cool' Atau Gelabah

Orang kerap mengatakan bahawa kamu 'bad temper' tetapi kamu mendakwa diri kamu 'cool' dan boleh mengatasi semua masalah dengan tenang dan tidak melatah. Boleh percaya ke? Kalau nak tahu bagaimana sikap kamu yang sebenar, sila baca dan sila tolong jawab soalan-soalan di dalam kuiz carta diri kali ini.


1.  Apabila bangun pagi kamu mesti ambil sarapan, jika tidak kamu akan rasa mual.
Ya atau Tidak


2.  Kawan kamu dapat markah yang lebih tinggi dalam ujian, sedangkan dia meniru kamu untuk mendapatkan jawapan. Adakah kamu akan memaklumkan kepada guru kelas kamu?
Ya atau Tidak


3.  Apabila terperangkap dalam kesesakkan jalan raya kamu akan bunyikan hon dan marah-marah tanda protes, sampai ibu kamu pun pening kepala..
Ya atau Tidak


4.  Kamu suka syak wasangka kepada orang lain jika kamu kehilangan sesuatu.
Ya atau Tidak


5.  Kamu lebih suka tinggal di rumah pada hujung minggu daripada keluar tengok wayang atau ke tempat-tempat yang penuh sesak dengan orang ramai.
Ya atau Tidak


6.  Kamu terpotong jari semasa memotong buah di rumah, kamu terus menjerit-jerit kerana takut melihat darah.
Ya atau Tidak


7.  Kamu akan naik angin jika kawan kamu atau keluarga kamu menolak ajakan atau membangkang kata-kata kamu dan kamu juga boleh mengamuk tanpa sebab.
Ya atau Tidak


8.  Dalam memilih pakaian, 'make-up', atau aksesori kamu boleh dikatakan cerewet kerana mahukan barang yang berjenama dan cantik tetapi pada kadar harga yang murah.
Ya atau Tidak


9.  Cuti hujung minggu kamu dan keluarga kamu berkelah di tepi pantai. Setelah sampai di pantai baru kamu teringat yang kamu terlupa membawa baju mandi. Kamu terus merengek minta ibu kamu belikan baju mandi baru atau pun pulang ke rumah ambil yang tertinggal tadi.
Ya atau Tidak


Jawapan..
Jika jawapan kamu banyak YA
Menunjukkan kamu seorang yang cepat melatah atau gelabah. Kamu suka marah-marah tidak tentu pasal jika ada orang yang tidak mengikut cakap kamu. Kamu juga seorang yang cerewet dan boleh dikatakan 'perfectionist', kalau boleh kamu mahukan semua yang terbaik dan orang akan selalu mendengar cakap kamu walaupun sesuatu perkara itu salah. Kamu juga kadang-kala mementingkan diri sendiri dan suka naik angin. Kamu akan buat sesuatu tanpa fikir perasaan orang lain. Jika kamu dalam golongan ini, kamu kenalah berubah sikit. Bukan apa, takut lama-lama nanti tidak ada orang yang nak berkawan dengan kamu. Jadi ubahlah dari sekarang sebelum terlambat.


Jika jawapan kamu banyak TIDAK
Tahniah! Tahniah kerana kamu bijak dalam menangani semua hal. Kamu tidak marah dan kamu lebih berfikiran rasional. Orang yang macam kamu ini amalkan sikap 'fikir dulu sebelum buat'. Kamu mudah mendapat kawan kerana orang suka sikap kamu yang 'selamber' dan 'cool'. Tidak cerewet dan mudah menerima pendapat orang lain meyebabkan kamu senang didekati. Tetapi berhati-hati, kamu jangan terlalu baik hati nanti orang akan pijak kepala. Sesekali tidak mengapa kalau pentingkan diri sendiri tapi jangan selalu yer.


Thursday, 21 March 2019

Diari Psikologi: Dengan Siapa yang Boleh Simpankan Rahsia Kamu itu?

Assalamualaikum.
Rahsia. Semua orang pernah ada rahsia. Jika sudah dinamakan rahsia maka, kamu tidak boleh memberitahu pada orang disekeliling kamu dengan sesuka hati, kerana rahsia yang terbongkar mungkin akan menyebabkan kamu berasa malu nanti. Malahan rahsia bukanlah dinamakan rahsia lagi selepas itu.


Tetapi jika kamu pendam sahaja rahsia itu seorang diri pun tidak baik untuk kamu juga kerana, ia akan mengusutkan lagi fikiran kamu yang telah sedia kusut itu. Oleh yang demikian, pada siapa yang harus kamu luahkan masalah kamu ini? Dan pada masa yang sama, kamu juga tidak mahu rahsia kamu terbongkar. Arghhhh kusutlah kepala ni kalau macam ini!


Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, meh sini baca dulu apa itu rahsia.


Apa Erti Rahsia?
Rahsia bermaksud satu perkara yang tidak boleh diceritakan pada orang lain. Ia satu amanah yang perlu dijaga dan tidak menghebahkannya kepada orang lain. Jika kamu bercerita pada orang lain, ia tidak akan menjadi rahsia lagi.


Siapa yang Boleh Simpankan Rahsia Kamu?
Biasanya kamu akan memberitahu rahsia pada orang yang rapat dengan diri kamu. Perhubungan yang terjalin antara kamu berdua sememangnya sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Namun begitu, pernah atau tidak kamu mendengar satu peribahasa 'kawan makan kawan' atau 'tikam belakang'.


Maknanya kamu tidak boleh mempercayai orang lain itu 100% walaupun kamu mengenali rakan kamu itu sejak kecil lagi. Kerana pada bila-bila masa sahaja, rakan baik kamu itu boleh menjatuhkan kamu. Antara orang-orang yang kemungkinan boleh menyimpan rahsia kamu ialah;

i)    Ahli Keluarga Kamu Sendiri
ii)   Guru Kaunseling
iii)  Sahabat Baik


i)  Ahli Keluarga Kamu Sendiri 
Kamu perlu mempercayai ahli keluarga kamu sendiri. Jika kamu mempunyai satu perkara yang perlu dirahsiakan beritahu pada kakak, abang atau adik kamu. Ia bergantung kepada perkara yang kamu rahsiakan. Jika masalah itu melibatkan ibu bapa kamu, curahkan pada kakak atau abang kamu. Mereka mungkin boleh membantu kamu untuk mengatasi masalah kamu itu.


ii)  Guru Kaunseling
Jika di sekolah, guru kaunseling antara yang boleh kamu percayai kerana guru kaunseling sememangnya diberi tanggungjawab membantu murid-murid yang menghadapi masalah. Jadi tidak salah rasanya kamu berkongsi rahsia kamu dengan guru kaunseling kamu. Ia lebih berbaloi kerana ia bukan sahaja mendengar rahsia kamu malah, mungkin boleh membantu kamu dalam menyelesaikan masalah tersebut.


iii)  Sahabat Baik
Kamu mempunyai sahabat baik? Jika seseorang itu sanggup susah dan senang bersama kamu dan tidak membiarkan kamu terkapai-kapai seorang diri ketika dilanda masalah. Itulah sahabat baik yang  dicari. Ia amat sukar untuk ditemui tetapi jika kamu menemuinya, kamu cukup bertuah kerana mempunyai sahabat baik. Pada sahabatlah kamu boleh mencurahkan segala rahsia kamu. Tetapi bukan pada rakan sekelas kamu atau kawan kamu kerana mereka semua boleh berubah pada bila-bila masa sahaja


Sifat-sifat Sebagai Seorang Penyimpan Rahsia

1.  Berpegang Pada Janji
Kamu perlu mencari seorang yang berpegang pada janji. Jika rakan kamu itu tidak memegang pada janjinya, ini bermakna rakan kamu itu tidak layak untuk menyimpan rahsia kamu. Rakan kamu sering datang lewat dan sebagainya menunjukkan dia tidak begitu peka dengan perkara yang kecil, contohnya, masa. Jadi bagaimana pula dia boleh menyimpan satu rahsia sedangkan perkara yang kecil juga dia sering lalai dan leka?


2.  Seorang yang Jujur
Dalam apa jua perkara sekalipun, kamu perlu mencari seseorang yang jujur. Bukan sahaja dalam menyimpan rahsia tetapi juga dalam pergaulan kamu sehari-hari. Kalau kamu tidak berkawan dengan orang yang jujur semua kerja tidak akan menjadi. Jadi, carilah orang yang jujur, walaupun ia agak sukar tetapi kamu pasti akan menemuinya.


3.  Seorang yang Amanah
Kamu perlu mencari seseorang yang bersifat amanah. Jika kamu amanah, kamu tidak akan membocorkan rahsia kamu. Rahsia merupakan satu amanah yang perlu dijaga, tanpa sifat amanah, rahsia kamu mudah diketahui oleh orang lain.


Tetapi sekiranya rahsia kamu itu terbongkar, apa yang harus kamu lakukan?


Bila Rahsia Kamu Terbongkar

1.  Bersemuka dengan Siapa yang Membongkar Rahsia Tersebut
Kamu perlu berjumpa dengannya dan bertanya kenapa dia berbuat begitu. Kamu jangan terus memarahinya kerana takut akan menjadi pergaduhan antara kamu dengannya.


2.  Jangan Tersalah Pilih Kawan
Kalau rahsia kamu terbongkar, ia sepatutnya memberi pengajaran pada diri kamu dalam memilih kawan. Bagaimana kawan yang kamu pilih dan pada siapa kamu boleh menceritakan rahsia kamu.



3.  Kepentingan Rahsia itu Bagi Kamu
Jika kamu merasakan rahsia itu cukup penting dan boleh mengaibkan diri kamu, kamu perlu menegur sikap rakan kamu itu. Tetapi jika rahsia tersebut tidak mendatangkan apa-apa keburukan dalam diri kamu. Kamu perlu biarkan ia begitu sahaja.



Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini.
Jumpa lagi.

Tuesday, 12 February 2019

Cara Memilih Berus Gigi

Sejarah berus gigi sudah banyak yang berubah, kerana citarasa para pengguna kini tidak seperti dulu lagi. Berus gigi moden sebenarnya telah dicipta oleh bangasa Tionghua semasa zaman Dinasti Tang dalam tahun 618 sehingga 907 selepas masehi. Jika dahulu berus gigi berbentuk rata sahaja tetapi kini bentuknya telah pelbagai mengikut pada perkembangan semasa. Contoh yang paling ketara adalah pada bulu berus gigi. Dahulu ia rata dan diperbuat daripada nilon putih. Sekarang, berus gigi di bahagian hadapannya lebih panjang dan berwarna.


Bahagian yang berwarna itu disebut 'indicator tip' amat berguna untuk menggosok di bahagian celah gusi. Cara pemilihan berus gigi yang sesuai untuk kamu juga penting. Kamu tidak boleh menggunakan berus gigi ibu kamu kerana ia tidak sesuai dengan gigi kamu. Selain daripada itu bagi mengelakkan berlakunya perpindahan penyakit lain (kuman di mulut) jikalau telah menggunakan berus gigi yang sama.


Di sini ada beberapa cara untuk memilih berus gigi kamu yang betul. Antaranya adalah..

1.  Pilih berus yang sesuai dengan saiz mulut kamu.

2.  Jangan berkongsi berus gigi kamu dengan orang lain. Pastikan berus gigi tu betul-betul kepunyaan kamu.

3.  Pilih gagang berus gigi yang selesa untuk kamu pegang. Jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil.

4.  Pilih berus gigi yang lembut dan sederhana amat sesuai untuk gigi kamu.

5.  Jangan lupa tukar berus gigi kamu sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali ataupun jika bulu berus tersebut sudah lusuh.


Thursday, 3 January 2019

Kilatkan Kuku Kaki Kamu

Oh tidakkkkkk!! Kuku kaki kamu kusam? Tidak bermaya? Mungkin kamu rasa gusar apabila melihat warna kuku yang tidak seperti biasa. Jangan risau, kerana post pada kali ini ada jalan penyelesaiannya. Nak tahu bagaimana cara mendapatkan kuku kaki yang cantik? Cuba lihat petua di bawah. Kemungkinan berhasil untuk kamu.


1.  Ambil satu ke dua ulas bawang putih, dibuang kulitnya dan dibasuh bersih.

2.  Kemudian, belah bawang putih tadi kepada dua bahagian.

3.  Gosok pada setiap kuku kaki kamu sehingga berkilat. Ulang beberapa kali.

4.  Lihat hasilnya. Kuku kaki kamu nampak lebih cantik dan bermaya.


Selamat Mencuba!