Tuesday 12 February 2019

Cara Memilih Berus Gigi

Sejarah berus gigi sudah banyak yang berubah, kerana citarasa para pengguna kini tidak seperti dulu lagi. Berus gigi moden sebenarnya telah dicipta oleh bangasa Tionghua semasa zaman Dinasti Tang dalam tahun 618 sehingga 907 selepas masehi. Jika dahulu berus gigi berbentuk rata sahaja tetapi kini bentuknya telah pelbagai mengikut pada perkembangan semasa. Contoh yang paling ketara adalah pada bulu berus gigi. Dahulu ia rata dan diperbuat daripada nilon putih. Sekarang, berus gigi di bahagian hadapannya lebih panjang dan berwarna.


Bahagian yang berwarna itu disebut 'indicator tip' amat berguna untuk menggosok di bahagian celah gusi. Cara pemilihan berus gigi yang sesuai untuk kamu juga penting. Kamu tidak boleh menggunakan berus gigi ibu kamu kerana ia tidak sesuai dengan gigi kamu. Selain daripada itu bagi mengelakkan berlakunya perpindahan penyakit lain (kuman di mulut) jikalau telah menggunakan berus gigi yang sama.


Di sini ada beberapa cara untuk memilih berus gigi kamu yang betul. Antaranya adalah..

1.  Pilih berus yang sesuai dengan saiz mulut kamu.

2.  Jangan berkongsi berus gigi kamu dengan orang lain. Pastikan berus gigi tu betul-betul kepunyaan kamu.

3.  Pilih gagang berus gigi yang selesa untuk kamu pegang. Jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil.

4.  Pilih berus gigi yang lembut dan sederhana amat sesuai untuk gigi kamu.

5.  Jangan lupa tukar berus gigi kamu sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali ataupun jika bulu berus tersebut sudah lusuh.