Monday 31 December 2018

Jom!! Rehatkan Minda!

Kamu tentu penat belajar dan melakukan banyak aktiviti setiap hari. Untuk merehatkan minda kamu boleh lakukan perkara di bawah.


1.  Memandang kawasan berwarna hijau yang luas terbentang, contohnya seperti padang. Selain itu, kamu juga boleh memandang gambar pemandangan laut yang biru dan indah.


2.  Mendengar irama muzik yang lembut dan dapat merehatkan minda.


3.  Bersiar-siar di tempat yang kamu suka seperti taman bunga, padang permainan dan lain-lain.


4.  Tidur dengan cukup, lebih kurang lapan jam. Sewaktu tidur, otak kamu boleh berehat.


5.  Berbual dengan rakan-rakan dan menceritakan saat-saat yang menggembirakan hingga menyebabkan kamu boleh tersenyum riang.


6.  Membaca bahan-bahan bacaan yang ringkas. Selain dapat menambah ilmu, kamu juga boleh membentuk keyakinan diri.


7.  Menonton cerita-cerita kelakar dan mempunyai pengajaran seperti Seniman Bujang Lapok dan lain-lain lagi.



Selamat Mencuba!