Thursday, 8 November 2018

Game: Bagaimana Cara Kamu Belajar

Lain manusia lain ragamnya. Masing-masing ada cara tersendiri ketika belajar. Ada yang suka suasana bising, senyap dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kamu? Kamu masih tidak tahu bagaimana cara kamu belajar yang sebenarnya? Yang kamu tahu adalah apabila kamu membaca buku, itulah waktu kamu belajar. Cuba jawab soalan daripada kuiz ini untuk mengetahui cara kamu belajar. Jom!!


1.  Kamu suka suasana belajar yang bagaimana?
a)  Di perpustakaan sekolah
b)  Di rumah sambil diiringi muzik yang santai
c)  Di hadapan televisyen


2.  Kamu akan menghadapi peperiksaan penting tetapi rakan kamu mengajak kamu keluar. Kamu..
a)  Keluar dengannya dan membawa nota ringkas sekali. Jika ada masa terluang kamu akan membacanya.
b)  Menolaknya dengan baik. Kamu perlukan masa untuk bersendirian dengan mengulang kaji pelajaran.
c)  Keluar sahaja dengannya kerana kamu telah pun mengulang kaji pelajaran kamu sebelum ini.


3.  Berapa kerap kamu membuat kerja rumah atau latihan?
a)  Ketika waktu bersekolah sahaja.
b)  Tidak selalu.
c)  Setiap malam di rumah dan waktu cuti sekolah.


4.  Guru kamu selalu berkata, kamu seorang yang..
a)  Sentiasa bersedia ketika kamu berada di dalam kelas.
b)  Sentiasa manis mukut bertanya kepada senior jika ada sebarang masalah dalam pelajaran.
c)  Jarang memberi tumpuan pada pelajaran kamu.


5.  Matlamat kamu ketika datang ke sekolah adalah..
a)  Kamu bekerja keras dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
b)  Bermain dan belajar, supaya ia seimbang.
c)  Sekolah amat membosankan!


6.  Apa perasaan kamu ketika mendapat kerja rumah daripada guru kamu?
a)  Kamu terus demam sebab malas nak buat kerja rumah.
b)  Tanya kepada guru kamu, cara yang mudah untuk membuat kerja rumah kamu.
c)  Seronok kerana kamu boleh mengulang kaji apa-apa yang kamu pelajari.


7.  Bila kamu mula belajar untuk menghadapi peperiksaan?
a)  Sehari sebelum peperiksaan.
b)  Kamu sentiasa belajar pada setiap malam untuk menghadapi peperiksaan.
c)  3 bulan sebelum peperiksaan berlangsung.





Jawapan...
Jika jawapan kamu banyak A
Kamu sememangnya menjadi kebanggaan ibu dan bapa kamu. Kamu seorang yang pentingkan pelajaran. Dalam fikiran kamu hanya belajar, belajar dan belajar. Pujian yang sering kamu dapat daripada guru kamu membangkitkan semangat kamu untuk terus cemerlang. Hati-hati ya, tak salah jika kamu mementingkan pelajaran. Sesekali kamu perlu bersukan supaya ia nampak lebih seimbang. Jika kamu terlalu memaksa diri kamu untuk terus belajar, tubuh badan kamu akan letih dan boleh mendatangkan kesan lain.

 
Jika jawapan kamu banyak B
Kamu bijak membahagikan masa antara belajar dan bermain. Kamu mengambil masa yang secukupnya untuk kamu bersukan, menonton televisyen dan sebagainya. Di sekolah, kamu cukup aktif dalam persatuan dan sentiasa menjadi ketua. Kamu sentiasa membuat jadual belajar dan tidak pernah mengabaikan jadual tersebut. Jika kamu pandai seimbangkan pelajaran dan aktiviti luar, tidak mustahil kamu boleh berjaya suatu hari nanti.


Jika jawapan kamu banyak C
Pada kamu belajar itu satu perkara yang cukup membosankan. Kamu lebih suka bermain daripada belajar. Nama kamu sentiasa tersenarai dalam atlit sekolah pilihan. Tetapi kamu malas belajar. Kamu tidak boleh terus bersikap begini, pelajaran itu amat penting untuk masa depan kamu. Jika kamu sememangnya bercita-cita utnuk memiliki sebuah rumah dan kereta besar, kamu perlu belajar daripada sekarang.