8 Cara Untuk Memelihara Mata
1. Buat senaman mata setiap hari dengan menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri bagi memastikan mata sentiasa segar dan cergas.
2. Mata mempunyai cara pembersihan semula jadi. Pergerakkan kelopak mata dan air mata dapat membantu membersihkan mata.
3. Walaubagaimanapun, habuk dan benda asing yang masuk ke dalam mata perlu dibersihkan dengan air. Elakkan daripada menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih.
4. Makan makanan yang berkhasiat khususnya makanan yang kaya dengan vitamin A untuk melancarkan pigmen penglihatan.
5. Pastikan mendapat sumber cahaya yang mencukupi untuk membaca. Cahaya yang tidak cukup terang boleh menyebabkan mata kamu rosak. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 cm dari bahan bacaan.
6. Elakkan daripada memandang cahaya matahari secara terus. Serta bermain alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata.
7. Dapatkan pemeriksaan atau rawatan dari pakar mata secepat yang mungkin sekiranya mata tercedera atau penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba.
8. Pastikan mendapat kualiti tidur yang mencukupi supaya tidak mempunyai masalah dengan mata seperti bengkak ataupun lebam di bawah mata.