Sunday, 30 August 2015

Game: Tongue Twister!! 6

Hai guys,

So japanese tongue twisters are called Hayakuchi kotoba (早口言葉). And here are some examples for japanese tongue twisters.


1. Migi mimi migi me migi me migi mimi.

Right ear right eye right eye right ear.


2. Basu gasu bakuhatsu.

Bus gas explosion.


3. Tonari no kyaku wa yoku kaki kuu kyaku da.

The guest next door is a guest who eats a lot of persimmons.


4. Sumomo mo momo mo momo no uchi.

Both plums and peaches are members of the peach family.


5. Uraniwa ni wa niwa, niwa ni wa niwa niwatori ga iru.

There are two chickens in the yard, and two in the back yard.


6. Nama-mugi nama-gome nama-tamago.

Raw wheat, raw rice, raw eggs.


7. Aka-maki-gami, ki-maki-gami, ao-maki-gami.

Red scroll, yellow scroll and blue scroll.


8. Kaeru pyoko-pyoko, mi pyoko-pyoko, awasete pyoko-pyoko, mu pyoko-pyoko.

A frog jumps pyoko-pyokoly(twice), pyoko-pyokoly(three times), and pyoko-pyokoly (six times in all).


9. Bōzu ga byōbu ni jōzu ni bōzu no e wo kaita.

The priest skillfully painted a picture of a priest on a screen.


10. Kisha no kisha wa kisha de kisha shita.

The news reporter of your company returned by train.



Wednesday, 26 August 2015

Resepi: Kek Batik

Jom kita cuba buat kek batik.

Antara bahan-bahan yang kita perlukan adalah: 

  • 250g Biskut Marie
  • 150g Buttercup
  • 1 Cawan Milo
  • 6 Sudu Serbuk Koko
  • 4 Biji Telur
  • 1/2 Tin Susu Pekat Manis
  • 1 Cawan Air Kosong

Cara-cara untuk membuatnya pula adalah:

1. Patah-patahkan biskut marie.

2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan masak menggunakan api yang sederhana.

3. Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan buttercup.

4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi dan gaul rata.

6. Kemudian mampatkan adunan yang telah siap digaul ke dalam satu bekas.

7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.


Selamat Mencuba.


Thursday, 20 August 2015

Tanda-tanda Penyakit Beserta Fungsi Badan yang Lain

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan adakalanya berhubung kait dengan fungsi badan kita yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita.

1. MATA 
Bertindak balas dengan keadaan hati.
a. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e. Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG 
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
a. Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b. Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c. Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii)Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG 
a. Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b. Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR 
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
a. Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
 

b. Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH 
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a. Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c. Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA 
Berkaitan dengan buah pinggang.
a. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
b. Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT (Berpeluh)
a. Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
b. Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM 
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR 
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR 
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b. Kebas Tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. Kebas Tangan Kiri dan Lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d. Kebas Kaki
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e. Sakit Tapak Kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f. Sakit Tumit Kaki
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g. Rasa Panas di Tapak Kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h. Gatal di Celah-Celah Jari Kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a. Kepala
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b. Pening/ Rasa Sakit di Bahagian Depan Kepala
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c. Pening/ Rasa Sakit di Bahagian Belakang Kepala
i) Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d. Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga
Menandakan penyakit migrain.

e. Bisul di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f. Rasa Pening yang Memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. Loya/ Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
 

b. Muntah Darah
i) Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK 
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT 
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

18. KENCING
a. Kerap Kencing: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran. 

b. Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. 
c. Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. 
d. Air Kencing Pekat/ Berwarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. 
e. Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a. Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar

Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.. 

b. Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
 

c. Najis Berdarah
i) Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
 

d. Najis Berwarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a. Badan Terasa Sakit

Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang: Proses melancarkan pengaliran darah.
 

b. Badan Terasa Berat/ Malas/ Lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
 

c. Badan Terasa Panas
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
 

d. Badan Terasa Ringan
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT 
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH 
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
a. Sistem jantung yang lemah.
b. Sistem saraf otak yang lemah.
c. Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL 
Sistem penghadaman yang lemah.

Saturday, 15 August 2015

Lirik Lagu: Vida

Phyne Ballerz- Vida

Setiap detik saat buat kuhiba ku melarat
Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka

Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan

Dan memang benar sebenar-benarnya
( daku terseksa )
Amat terasa sejak kau tiada

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku

Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya
( tangis berdoa )
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku...
Kaulah nyawaku oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu

Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

Monday, 10 August 2015

Resepi: Kuih Lepat Pisang

Kali ini mari kita cuba belajar buat kuih lepat pisang pula.




Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • Daun pisang yang dilayurkan dan dilapkan bersih
  • 30 biji pisang- dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yg telah di lenyek)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan santan pekat
  • secubit garam

Cara-cara membuatnya adalah:
  1. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/ gula merah dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
  3. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
  4. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
  5. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
  6. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

Selamat Mencuba.

Thursday, 6 August 2015

Lirik Lagu: Let It Go

Demi Lovato - "Let It Go"
The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation,
And it looks like I'm the queen.

The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn't keep it in, heaven knows I tried!

Don't let them in, don't let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don't feel, don't let them know
Well, now they know!

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door!

I don't care
What they're going to say
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway!

It's funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can't get to me at all!

It's time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me I'm free!

Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You'll never see me cry!

Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on!

My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back,
The past is in the past!

Let it go, let it go
When I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone!

Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway! 
 

Sunday, 2 August 2015

2015: Happy Friendship Day!!

Hi guys.  

Happy Friendship Day!

Life wouldn’t be the same without best friends. They’re the friends that can be counted on to be there at a moment’s notice. The ones who love, laugh, support, and cherish – in both good and bad times. 




Friendship day is a day celebrated across the world in celebration of the wonderful relation called friendship. It is a time to wish all friends, and to express that "I Care".

Friendship Day is dedicated to the bond of friendship and companionship and is celebrated on the first Sunday of August every year. This year 2015, it will be celebrated on 2nd August. And the occasion began as a small event, to commemorate the relation shared by friends. 

Over the passing years, the festivities related to Friendship Day have become even more colorful. The exchange of gifts, flowers, friendship bands and greeting cards has become an important part, rather, a tradition of Friendship Day. Apart from the exchange of gifts, partying all through the night is one of the recent developments of Friendship Day which is seen largely among the youngsters.

The idea of honoring friendship has been appreciated by people in many countries of the world. With the advancement in the field of science and technology, connecting to friends on the wonderful occasion of Friendship Day has become easier. 

It is the perfect occasion to show your friends that you care and to recollect sweet memories of the time spent together. True friends are hard to find, so if you have one, make sure that you let your friend know on this day how much they mean to you.



내 친구... 사랑해요 .
And Happy Friendship Day!